Bersama Berjuang

Saturday, March 12, 2011

LAPORAN SSDE DI TAMAN DESA MELUR, BATANG KALI !!!


Ummi Hafilda mmg layak digelar srikandi!!!  

Masakan tidak, beliau yang dikhabarkan tidak dapat hadir berikutan masalah kesihatan akhirnya muncul juga.  Suara kedengaran serak dan kadang kala hilang untuk beberapa saat.  Namun sekitar 200 orang yang hadir sehinggakan khemah yg disediakan tidak mampu menampung jumlah kehadiran telah membuatkan Ummi bersemangat.  Entah dari mana kekuatannya hadir apabila mampu menghabiskan 1 jam untuk berceramah dan suaranya semakin lama semakin lantang.  Tahniah Ummi Hafilda!!!


Pengerusi GAPS, Sdr Hamidzun pula menyentuh isu penyelewengan wang rakyat apabila digunakan untuk membiayai penginapan perwakilan Kongres PKR.  Juga, isu kerajaan negeri Selangor yang menggunakan wang rakyat untuk membiayai perbicaraan si Penderhaka Shuhaimi Shafie.  Sdr Hamidzun juga menerangkan betapa belanjawan negeri Selangor mengalami defisit, berbeza sewaktu BN memerintah apabila belanjawan "surplus". Rakyat juga diingatkan bahawa Fuckatan baru memerintah 3 tahun, andai 10 tahun, tidak mustahil Selangor akan bankrup!!!

Hujan lebat sebelumnya dan gerimis nyata tidak menghalang rakyat berbilang bangsa untuk hadir ke program ini.  Bagi GT, penduduk Taman Desa Melur sudah bersedia untuk menghadapi PRU yang akan datang!

psstt.... ada cerita panas skit... pasal Ummi.  Tunggu pkul 2.30 ptg ni...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...