Bersama Berjuang

Saturday, March 19, 2011

DEFISIT RM7.41 JUTA YAYASAN SELANGOR - INGAT DUIT BAPAK ENGKAU!!!

Yayasan Selangor mengalami defisit RM7.41juta mengikut laporan audit yang dikeluarkan baru-baru ini.  

Laporan Audit mendedahkan terdapat kepincangan dalam perbelanjaan yang dikategorikan sebagai tidak telus, tidak munasabah dan berkepentingan peribadi terutamanya pada perayaan ulangtahun ke 40 tahun yayasan yang menyaksikan perbelanjaan mencecah RM1juta.  

Bukan itu sahaja, perlantikan dua jawatan terpenting dalam Yayasan juga menimbulkan tanda tanya apabila nama-nama tersebut bukanlah pilihan utama panel temuduga.  Lebih mengejutkan, salah satu pemegang jawatan terpenting telah diberi notis kebankrapan.  Ternyata, terdapat kemusykilan atas perlantikan ini, kronisme. 

Mengikut laporan audit juga, kedua-dua mereka iaitu Pengurus Besar dan Timb Pengurus Besar telah dinaikkan pangkat dalam masa yang singkat tanpa mengikut prosedur standard kerajaan negeri Selangor.  

Semakan audit mendedahkan bahawa terdapat pembayaran elaun-elaun yang tidak sepatutnya kepada ahli majlis mesyuaratnya oleh Pengurus Besar.

Inilah hadiah kepada rakyat Selangor sempena 3 tahun pemerintahan Fuckatan Haram di Selangor.  Wang rakyat telah dipergunakan sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi.  Yayasan Selangor yang menjadi harta rakyat telah dirompak oleh sekutu-sekutu Khalid.  

Khalid harus bertanggungjawab dalam hal ini.  Dilaporkan bahawa Timb. Pengurus Besar akan dipecat.  Namun bagi GT, dia hanyalah kambing hitam yang dikorbankan untuk menyelamatkan Khalid dan kroni2 yang lain. 

Khalid wajib letak jawatan kerana gagal mengurustadbir Yayasan Selangor.  Khalid wajib letak jawatan kerana melantik individu yang tidak berkelayakan untuk menguruskan harta rakyat!

1 comment:

  1. ini lah warisan dari pemerintahan KhilToyol dari UMNgOk...perompak duit rakyat...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...