Bersama Berjuang

Wednesday, February 2, 2011

SELEPAS TENANG BHG 9: PENGUNDI INDIA SUDAH KEMBALI???


Pengundi India sudah kembali ke BN?  Itulah persoalan yang belum mampu dapat dijawab dengan konsisten kerana suasana di Johor adalah berbeza dgn negeri2 lain spt Selangor.  Walau bagaimanapun, keputusan di Johor menunjukkan bahawa undi kaum India sudah mula kembali ke pangkuan BN.  


IPF dan MIC dilihat berkerja kuat untuk menarik kembali sokongan kepada BN.  Ini dibantu dengan faktor yang kuat spt pengunduran sammy vellu, kezaliman di Kg Buah Pala dan faktor duit derma kpd Hindraf.  Konsep berkempen dgn menayangkan tragedi Kg Buah Pala mendatangkan hasil yang positif.

PRK kali ini juga GT dapat melihat sumbangan KIMMA, yg turut sama turun padang untuk memenangi hati pengundi untuk BN. 


Keputusan di peti undi kawasan ladang yg majoritinya India menunjukkan peningkatan mendadak sokongan mereka terhadap BN.  Cuma, golongan muda India masih lagi menyokong PAS.  BN harus tampil menyediakan pelan teratur untuk menarik undi muda ini. 

BN harus memastikan momentum sokongan kaum India berterusan pada PRU yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...