Sepanjang 10 hari berkempen, GT dapat melihat sumbangan MCA yang sgt minima. Perkara ini sgt menyinggung perasaan petugas2 UMNO yang bertungkus lumus berkempen demi memastikan kemenangan calon BN.
Kekalahan teruk BN di peti undi yg terletak di kawasan bandar Labis yg majoritinya pengundi Cina menjadi bukti bahawa masyarakat Cina tidak memberi undi kepada calon BN. Ini agak menghairankan kerana Labis adalah kubu kuat Soi Lek, yg juga Presiden MCA. Ternyata, Soi Lek hanya pandai bercakap dan berlagak seolah-olah kuat bekerja. Soi Lek gagal menzahirkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN.
Namun GT tidak memarahi masyarakat Cina berikutan BN harus tahu dimana kesilapan ini berpunca, sehingga mereka menolak BN. Bagi GT, MCA harus menjawab persoalan ini. Sebagai rakan dalam BN, MCA harus memainkan peranan yang lebih proaktif untuk menarik undi masyarakat Tionghua ini, dan bukannya bersikap ambil mudah untuk menyalahkan UMNO semata-mata dalam apa juga isu.
Dan strategi UMNO-BN yang GT lihat di Tenang ialah berkomunikasi dengan masyarakat Tionghua ini dengan platform NGO-NGO mereka. GT masih ingat pada satu majlis gotong royong atas nama NGO 1 Malaysia, dan mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat kaum Cina di Tenang. Adakah ini bermakna mereka sudah benci dan hilang kepercayaan terhadap MCA???
- Adakah masyarakat Cina menolak MCA sekaligus menjadi punca mereka menolak BN???
- Kenapa masyarakat Cina menolak MCA???
- Dgn nada Soi Lek yg menyerupai DAP kebelakangan ini, adakah ini satu sabotaj dari MCA terhadap UMNO-BN???
Soi Lek mgkin lupa bahawa tidak mustahil selama dia memenangi kerusi pilihanaraya, orang Melayu adalah pengundi terbesarnya. Soi Lek mgkin kalah andai bertanding di kawasan majoriti Cina. Cabarlah Soi Lek dengan senario ini: Letak calon UMNO-BN bertanding kawasan majoriti Cina dan letakkan calon MCA di kawasan majoriti Melayu. Anda boleh tahu keputusannya nanti.
Pemimpin UMNO mulai saat ini harus memikirkan cara terbaik untuk mendekati masyarakat Cina kerana Soi Lek selaku Presiden MCA mmg tidak boleh diharap. Beban kerja pemimpin UMNO akan lebih oleh kerana terpaksa menjaga kaum Cina. Namun atas semangat Barisan Nasioanal, GT cadangkan agar pemimpin UMNO bermula dari NGO-NGO mereka.
Di Tenang, Chua Soi Lek telah gagal sama sekali!!!
Kalau di Tenang Soi Lek tidak boleh diharap, di mana Soi Lek boleh diletakkan harapan ??
ReplyDeleteBetul ka? ada kerja ka? Atau sudah ada plan awal-awal lagi. Jangan-jangan suruh pancing keluar tak? ....boleh picaya ka. Apa yang jadi kat Penang dulu sudah cukup untuk timbul was-was. .....boleh picaya ka?
ReplyDeleteMacam mana nak bantu BN, pemimpin mereka selalu mengatakan bahawa selama ini mereka menang dalam PRU bukan kerana undian kaum MELAYU dan ayat itulah yang telah digunakan oleh mantan presiden mca satu ketika dahulu semasa memenangi kerusi Parlimen di Selangor, kalau tak percaya tanyalah pada pengundi melayu di Pandan. Pak Rojam
ReplyDelete