Bersama Berjuang

Saturday, February 12, 2011

MESTI BACA: PELAJAR KRISIS MESIR UCAP TERIMA KASIH DGN KEPALA LUTUT!!!


Pelajar ucap jutaan terima kasih
Arfah Mawaddah   
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan ini saya  dan rakan-rakan adalah antara pelajar yang terlibat dalam proses pemindahan pelajar Mesir ke Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada:

1. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
2. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
3. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
5. Pesawat Penerbangan AirAsia (Mesir-Jeddah)
6. Saudi Arabian Airlines (SV838) Jeddah-Riyadh-Singapura
7. Staff Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia, Jeddah, Arab Saudi

Serta semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam operasi ini. Sesungguhnya berkat doa dan usaha kalianlah yang mempermudahkan perjalanan kami. Hanya Allah sahaja yang layak melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian.

Akhir kata, bumi Mesir terlalu dekat di hati kami, doakan agar kami dapat meneruskan permusafiran ilmu di bumi barakah itu, kepada azhari/ah,doktor/ah, jadikan peluang ini untuk menabur khidmat kepada masyarakat kita atas nama Islam.

Semoga Malaysia akan menjadi negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur" amin.

Penuntut ilmu yang tidak tahu,
Arfah Mawaddah Amir Hamzah,
Gombak, Selangor

GERAKAN TIMUR:
Surat terbuka diatas dihantar ke Haramkah.  Apa yang kurang pada surat ini adalah ucapan terima kasih kepada PM, Dato' Jamil Khir dan Dato' Azeez.  Mgkin Arfah ini tidak menyedari  bahawa 3 individu ini memainkan peranan penting dalam misi menyelamatkannya.  Mgkin sumbangan individu ini sgt kecil  pada kaca matanya sehinggakan dijamakkan sebagai "rakyat Malaysia yang terlibat".  

Mgkin juga dia tidak tahu sedang para sukarelawan bersabung nyawa menyelamatkannya, Haramkah dan bAhlul Pas berdemo di hadapan kedutaan Mesir yg memungkin  risiko kerajaan Mesir membatalkan kebenaran untuk misi menyelamat itu.  

Kalaulah kerajaan Mesir tidak memberi laluan kepada misi menyelamat itu, tidak mustahil Arfah  akan menjadi mangsa rusuhan di Mesir.  Dan pada masa itu, puak2 Pas ini pasti mempolitikkan kematiannya dgn menyatakan kerajaan Malaysia adalah pembunuh, demi sesuatu yang bernama political mileage!

Kasihan Arfah, dia sebenarnya diharapkan menjadi korban politik oleh PAS, namun tidak menyedarinya.  

Arfah adalah spesis yang sama dengan Cikgu Normala, golongan yang tidak tahu bersyukur, berterima kasih dan mengenang budi. 

Otak manusia terdiri dari 3 bahagian, serebrum, serebelum dan medula oblongata.  Dalam isu ini, mereka berfikir menggunakan kepala lutut!!!

6 comments:

  1. Saya rasa, PM dan menteri2 tak harapkan apa2 pujian.

    ReplyDelete
  2. memang betul PM,Menteri BN dan kerajaan BN tak harap puji-pujian TAPI sebagai manusia yang di pilih oleh allah utk menuntut ilmu di bumi ambia janganlah nak ucapkan terima kasih kat puak - puak kau saja....Arfah nie ilmu belum berkat lagi....ucapan terima kasih dan syukur tu patutnya JANGANLAH DI POLITIK KAN JUGA....dasar hamPAS.

    ReplyDelete
  3. Kesian budak ni. antara manusia yang tidak mampu berfikir walau pun keadaan di Mesir itu satu anugerah untuknya untuk belajar bersyukur.

    ReplyDelete
  4. Aku rasa budak ni sebut nama pihak kerajaan tapi faham-faham ajelah HARAKAH... mesti editor dah buang

    ReplyDelete
  5. bila baca blog ni, rasa takut sangat sbb makin banyak manusia yg sudah lupa adab dan akhlak islami...moga2 Allah ampunkan dosa kita semua..

    ReplyDelete
  6. emmm...besa la politik...msing2 pertahankn apa yg disokong...kerajaan melakukn apa yg wajib dilakukn sbg wakil pemerintah...segala wang dan kos yg digunakan adalah wang negara dan rakyat bukannya wang parti yg bkuasa...skiranya PR mnjd pemerintah mereka pn wjib melakukn bnda yg sama...jd jgn la maki hamun marah2 ni smua perbezaan ideologi ja...plu diingat ideologi lah yg mmbuatkn mnusia bgaduh dan bpecah...bersatu ok pe pn tahniah kpd DS Najib melakukn tindakan yg bijak...dan pnyokong2 yg fanatik nih pikir la ye mna yg baik tuk smua bkn satu pihak atau lebih senang hny memikirkan ideologi shj....islam is about brotherhood and promotes the unity of the all mankind into one ummah

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...