Dia seorang striker yang "robust". Sepakannya padu, dan gemar membuat percubaan dari luar kotak penalti. Coraknya bermain kdg-kala dicemuh oleh peminat Red Giant sendiri lantaran kesilapan, terutamanya kerap hilang kawalan bola. Tapi itulah Safee Sali, penyerang yang cukup digeruni di rantau Asia Tenggara.
Adat bermain bola. Menang dipuji, kalah dikeji. Tapi itu bukan GT!!!
Malam ini, Safee akan bermain buat kali terakhir, sebelum berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya. Beliau akan diberi penghormatan selaku Kapten pasukan. GT tidak tahu, betapa malam ini adalah saat yang mgkin akan kelihatan airmata peminat setia Red Giant mengalir di pipi. SSFC, Bukit Kapar United, Zorro Wirro, Selangorfc, Selangor Fanatik atau siapa sahaja yang setia kepada pasukan Gergasi Merah ini.
GT MENYERU KEPADA SEMUA PEMINAT BOLASEPAK SELANGOR AGAR TURUN KE STADIUM SHAH ALAM MALAM INI MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA PENYERANG TERBAIK ASIA TENGGARA, SAFEE SALI!!!
Semoga berjaya di arena seberang!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!