Akhirnya, Datuk Khusrin bakal memulakan tugasnya sebagai SUK yang baru setelah "politiking" menghalangnya dari berbuat demikian semenjak perlantikannya dgn perkenan Tuanku Sultan Selangor.
Walau bagaimanapun, masih terdapat teka-teki berhubung dengan majlis angkat sumpah simpan rahsia yang akan membenarkan Datuk Khusrin menghadiri mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.
Kalid, rakyat ingin tahu, adakah majlis tersebut sudah dilaksanakan? Andai belum, apakah muslihat disebalik penyerahan tugas2 ini?
Dengan penyerahan tugas ini, ia bermaksud bahawa Kalid telah gagal secara total dalam menangani isu pasir. Khalid Ibrahim is a total loser.
Persoalan yang bermain di minda GT ialah adakah Kalid gagal disebabkan oleh dari tangan2 ghaib yang sedang cuba untuk merampas Selangor yang kaya ini darinya? Andai benar, maka Kalid sebenarnya ingin menggunakan Khusrin untuk menyingkirkan musuh2 dalam selimut yg selama ini membelenggunya.
Ketidakupayaan Fuckatan mentadbir terserlah apabila Khusrin juga dipertanggungjawabkan untuk isu setinggan. Bukankah hal ehwal setinggan adalah tanggungjawab Iskandar Abdul Samad, YB Chempaka di rembulan yg dibangga2kan dengan ijazah arkitek dari UK oleh juak2 Fuckatan? Apakah Iskandar tidak mampu menyelesaikan masalah setinggan di selangor, maka Khusrin dipertanggungjawabkan???
Andai Khusrin gagal menangani isu-isu ini, tidak mustahil beliau akan dipersalahkan 100%. Maka, Kalid akan mencuci tangan dengan menyatakan bahawa Khusrin bukanlah calon pilihannya!!! Dan andai Khusrin berjaya menangani isu-isu ini, maka Kalid akan mendabik dada bahawa kerajaan pimpinannya telah berjaya mentadbirurus isu ini dengan baik. Bonus, Kalid juga akan berjaya menyingkirkan musuh dalam selimutnya.
Andai telahan GT ini benar, maka Kalid semakin hampir bijak berpolitik dalam kebengapannya. Bijak berpolitik, bukannya mentadbir.
Jangan lupa bahawa Fuckatan hadir dalam senario politik tanah air dengan membawa satu trend; trend of blaming others!!! Dato' Nawawi dalam ceramahnya tempohari di Seksyen 16 Shah Alam juga menerangkan sikap sering menyalahkan pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini (BN) dalam pelbagai isu yang gagal Fuckatan tangani.
Jadi, apa guna mereka sebagai kerajaan negeri Selangor andai gagal mentadbir urusan negeri dengan efektif dan asyik menyalahkan kerajaan terdahulu???
Kepada Datuk Khusrin, GT ucapkan selamat bertugas dan ingatlah bahawa jerat tidak pernah lupakan pelanduk!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!