Bersama Berjuang

Tuesday, February 8, 2011

SYUKRAN JAZILAN: KUMPULAN PERTAMA TIBA DARI MESIR!!!


GT memanjatkan syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah rahmatNYA, maka misi membawa pulang rakyat berjalan dengan lancar.  

Terima kasih kepada semua yang terlibat.  Terima kasih juga kepada DS Najib yang berjaya mempermudahkan urusan pemindahan termasuk kerjasama dari kerajaan Arab Saudi, yang membenarkan Jeddah sebagai transit. 

Ketibaan kumpulan pertama pelajar2 Malaysia disambut dengan linangan airmata kegembiraan dan kesyukuran oleh ahli keluarga sanak saudara dan sahabat handai.  Lebih istimewa, tiada siapa yang terduga bahawa kepulangan mereka disambut oleh pemimpin no. 1 negara, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Tan Sri Muhyiddin Yasin dan beberapa VIP yang lain. 

DS Najib dalam ucapannya berkata misi membawa pulang warga Malaysia ini tidak mengenal fahaman politik, asalkan warganegara Malaysia, mereka harus dibawa keluar dgn kadar segera!!!  Rakyat didahulukan!!!

Kepada mereka yang cuba mensabotaj usaha murni ini mahupun bersekongkol dengannya.. GT nasihatkan agar anda carilah wajah2 dengan linangan airmata kegembiraan  ini.  Nilailah dengan rasa ihsan.  Hargailah sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim anugerah Allah.  

Sahabat.. sucikanlah hatimu itu dengan zikrullah!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...