Bersama Berjuang

Tuesday, November 23, 2010

SPRM GEGAR YAYASAN SELANGOR!!! SIAPA TERTONGGENG???


SHAH ALAM 23 Nov — Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000. 

Perintah tahanan reman sehingga 29 Nov itu dikeluarkan oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairul Nizam Abu Bakar.

Pegawai berusia 40-an itu ditahan pagi semalam oleh SPRM berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola untuk majlis tersebut.

Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya. — BERNAMA FAI FAI SBB

GERAKAN TIMUR:
Tangkap, siasat dan hukum orang yang mengkhianati asal tujuan penubuhan Yayasan Selangor.  Bankrap negeri Selangor ku yang tercinta ini.... jgn bagi ruang untuk mereka lepaskan diri...

DAULAT TUANKU

1 comment:

  1. Aku amat berharap SPRM kat Selangor tak lembab mekngot macam SPRM kat Kelantan. Sampai sekarang semua orang tak tahu apa sudah jadi... Adakah kes close sedangkan segala bukti sudah ada... Adakah SPRM kat Kelantan terdiri dari orang lepasan lulusan tahap Haprak tak tahu buat kerja, makan gaji buta...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...