Bersama Berjuang

Tuesday, November 23, 2010

NANTIKAN PENGUMUMAN BESAR OLEH SAMMY VELLU - ISNIN 29 NOV 2010


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang akan mengundurkan diri tidak lama lagi, dijangka membuat pengumuman besar berkaitan hal ehwal parti itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Isnin ini.

"Untuk makluman anda mesyuarat CWC pada 29 Nov, saya akan sampaikan banyak perkara kepada CWC dan mereka akan membuat keputusan perkara yang akan dilakukan. Itulah yang saya boleh katakan kepada anda hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek kepada pelajar-pelajar di Ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Ditanya mengenai “perkara” yang akan diumumkan, beliau yang menerajui parti itu hampir 32 tahun berkata :

“Banyak perkara, perkara yang hendak dilakukan dan semua itu”. Bagaimanapun, sumber-sumber percaya bahawa pengumuman presiden itu mungkin termasuk pengumuman tarikh beliau akan bersara. Samy dijangka menyerahkan pucuk pimpinan itu kepada timbalannya, Datuk G. Palanivel yang akan memangku jawatan presiden sehingga pemilihan MIC akan datang. — Bernama 

GERAKAN TIMUR:
Ermmm.... satu lagi beban yang dipikul oleh BN... harap2 MIC dapat menarik semula sokongan masyarakat India sebagai bukti kerja kuat mereka untuk BN.  Ingat, calon mereka di Hulu Selangor menang... di kawasan yang majoritinya orang Melayu.  

Jgn Mr. Semi announce tarikh dia bersara 31 February sudah.... alamat laa.... hehehehe...

1 comment:

  1. YUP..U R RITE BRO..ITU BATU BESAR KAPLA ATAS ADA DUDOOOKK SUDA TARAKK..KALU TARAK KAPLA ADA PUSING MCM GASING JUGAKK KEHKEHKEH >:D

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...