KUCHING Nov. 24 - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah hari ini dengan mendapat ‘inspirasi’ mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.
"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda,” katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.
Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.
Taib berkata, bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.
Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional. - Bernama
GERAKAN TIMUR:
All Sarawakians... ARE YOU READY TO RUMBLE???
Sarawak EVEREADY..... State Election - PENGHUJUNG - (towards the END)Disember 2010, pada mana-mana hari SATURDAY, selepas SPM & STPM Exams. Tak caya, tengok nanti. Semua pihak dah SEDIA ....kecuali PKR, DAP, SNAP. Mereka akan kata Taib tipu, sebab mereka belum bersedia lagi.... Alasan...alasan.. alasan.... Perkataan ini akan tercetus dari MULUT mereka, apabila mereka KALAH TERUK nanti!
ReplyDelete