Bersama Berjuang

Wednesday, November 24, 2010

"PRU 13= 2/3 MAJORITI DI PARLIMEN ADALAH SUKAR" - TUN M


Parti pemerintah Barisan Nasional dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.  
 
Dalam wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.  Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.  Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia.

Andaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

“Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah dalam keadaan kucar-kacir,” kata Mahathir.

Anwar, yang merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai “satu perubahaan besar” jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.  Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan. - Malaysiakini
 
GERAKAN TIMUR:
Teguran atau kenyataan dari Tun M ini seharusnya menjadi panduan dan peringatan kepada jentera BN khususnya UMNO.  Gerak kerja harus dilipatgandakan bagi memastikan kemenangan BN di PRU akan datang.  

Kalah, buat cara orang kalah YANG NAK MENANG, dan bukannya BERSENANG LENANG.

1 comment:

  1. Tahniah bro..blog yang cantik dan isikandung yang menarik..mohon tuan pautkan blog saya agar dapat berkongsi padangan

    http://pantausblog.blogspot.com

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...