Bersama Berjuang

Thursday, November 25, 2010

DAP dan MELAYU


KETIKA membelek edisi terbaru Suara Perkasa, Awang tertarik dengan kenyataan bekas calon DAP Pulau Pinang, A. Rahman Manap.

Menurut beliau, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini. 

Katanya, walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang sering menyatakan bahawa DAP hanya memusuhi UMNO tetapi realitinya parti itu bersikap anti-Melayu. ‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat mereka mencapai cita-cita politik.” 

Rahman menjadi aktivis DAP pada dekad 90-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang. Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas. 

Beliau mengaku digunakan untuk berdepan dengan orang Melayu dan pegawai kerajaan. ‘‘Mereka akan terus berlakon kononnya boleh menerima orang Melayu tetapi hakikatnya mereka mahu melihat Melayu lemah dan tidak bermaya. 

‘‘Kadang-kadang mereka sanggup melakukan sesuatu yang lebih baik daripada pemimpin Melayu hanya mahu memperdayakan pemikiran Melayu,” itulah antara luahan beliau. Menurut Rahman, beliau membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu orang Melayu tertipu dengan segala muslihat DAP. 

Awang harap ia menjadi renungan orang Melayu dan umat Islam. Lebih-lebih lagi DAP kini memperhebatkan usaha untuk menarik sokongan Melayu termasuk menjanjikan peluang menjadi calon pilihan raya dan pelbagai jawatan. 

Strategi DAP untuk terus mendampingi orang Melayu antara lain kerana tidak mahu bergantung kepada Pas dan PKR. Mereka bimbang Pas akan berpaling tadah daripada pakatan. PKR pula dilihat semakin goyah.

Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. 

Apakah itu yang kita mahu?

Sumber - Bisik-Bisik Minggu Awang Selamat

GERAKAN TIMUR:
Akan ku tentang habis - habisan DAPigs laknatullah ini... anda bagaimana????

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...