Bersama Berjuang

Monday, September 13, 2010

UMNO & PERKASA = AUR DAN TEBING?

Asyik beraya, macam2 berita yang GT tak sempat nak follow.  Namun, GT ingin menyentuh tentang isu PERKASA vs pemimpin2 UMNO yg menolak kewujudan PERKASA.  Mengapa berlaku perkara ini sedang matlamat dan tujuan dua organisasi ini boleh GT katakan adalah sama.  

Kelahiran Perkasa juga bukan sebagai parti politik, oleh itu, ia bukanlah saingan pada Umno.  Perkasa dizahirkan kerana ingin mengekalkan perlembagaan, iaitu agama, bangsa dan negara yang mana pada hari ini sedang dipermainkan oleh kambing2 Fuckatan.  Mgkin ada pemimpin Umno yg rasa terhina bila Perkasa muncul, kerana mengambil alih tugas mereka atau cuba menafikan kewujudan Umno.  Fikiran negatif ini harus dibuang sama sekali dari otak pemikiran pemimpin Umno.  Cuba muhasabah diri sendiri, dimana silapnya diri itu dan kenapa orang Melayu sudah melihat Perkasa sebagai SEBUAH PERTUBUHAN YANG WAJIB DISERTAI.  Lihat kembali pada sejarah, bagaimana penyatuan NGO melayu membawa kepada penubuhan PEKEMBAR.  

Perkasa semakin popular ; ada pemimpin Umno berkata "glamer kat paper" adalah kerana pendekatannnya terhadap isu-isu semasa. Perkasa dilihat bersifat responsif kepada suasana negara, walaupun tidak perlu hadir ke kursus askar wataniah untuk mengepalainya.  Juga, Perkasa bertindak bijak dan cepat dalam menguruskan sesuatu isu, walaupun mgkin ramai penggeraknya hanya belajar di Uitm, dan bukannya Oxford.  Pendekatan defensif yg menjadi amalan Pemuda Umno khususnya sudah tidak lagi digemari oleh Melayu masakini.  Ini menunjukkan bahawa Perkasa telah keluar dari pemikiran feudal yg masih diamalkan oleh segelintir pemimpin  Umno dan jelas cara atau method menyerang ini telah membuatkan Perkasa digemari dan diterima ramai.  Satu pendekatan yang mudah tanpa perlu menjadi menantu PM untuk berjaya dan glamer. 

Perkasa juga dilihat vokal dalam mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini dari walaupun tidak mempunyai kuasa dalam mengambil tindakan.  Kelantangan Perkasa diperlukan oleh orang Melayu yang telah lama terguris hatinya dek kemurahan hati Melayu juga.  Apa diharap padi seberang, entahkan jadi, entahkan tidak, apa diharap Hisham yang sorang, takutnya pasti beraninya tidak. Tak perlulah GT ulas panjang2 sampai tersembur2 air liur tentang kes2 yang dalam fail; namawee babi, 4 sahabat cat merah, dll. 

Tun M telah mengingatkan betapa bahaya diundang andai Umno menolak Perkasa.  DS Najib pun memberi komen bahawa Perkasa tidak menentang Kerajaan, tetapi lebih "concerned" pada hak istimeewa orang  Melayu/Bumiputra.  Jom pakat pulau Nazri Aziz.  Nazri Aziz tu bukannya penting sangat pun.  So, biarkanlah dia dgn dunianya.  Yg, penting, penyatuan orang2 Melayu.  Matlamatnya sama, mengapa harus kita memegang pada perbezaan?  Bukankah lebih baik andai orang Melayu berpaut erat pada persamaan?  kambing2 Fuckatan sedang gundah gulana melihat kebangkitan kuasa Perkasa, dan cuba merosakkanya dengan melaga-lagakan orang Melayu yang berdiri dibawah panji2  UMNO dan Perkasa ini.  Fokus kan pada tujuan, saling bergandingan dan teruskan serangan...

7 comments:

  1. umno kalau menjauhi perkasa ibarat retak menanti belah, perkasa dan umno dilihat sama2 memperjuangkan melayu.. dan melayu adalah tuan di dalam negara ini..kekuatan melayu meningkatkan survival orang melayu di Mlysia.. dalam arena politik semasa sekarang ini melayulah yang sepatutnya menonjolkan ketuananya..bangsa lain perlu menghormati sosial kontrak seperti sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. UMNO perlukan PERKASA jika mahu sokongan jitu orang Melayu. Percayalah, PERKASA mahu menjaga hak Melayu bukannya mengambil hak kaum lain. Jika UMNO_BN bersama PERKASA maka UMNO_BN akan menang pilihanraya dan akan membentuk kerajaan yang benar-benar stabil

    ReplyDelete
  3. Apa kata PERKASA pula masuk bertanding. Saya pasti pilih.

    ReplyDelete
  4. Kalau Melayu tidak boleh bersatu di antara UMNO dan PAS, Melayu boleh bersatu dalam Perkasa.... apa salahnya.... kalau Hindraf begitu lantang dan kurang ajar di bumi Melayu, salahkah Perkara berbuat perkara serupa di bumi sendiri....

    ReplyDelete
  5. Anon 4.15,
    setuju!!!

    Anon 6.21,
    100% setuju!!!

    Godisuno,
    Tidak bijak utk Perkasa bertanding. Lebih baik kekal sebagai kumpulan pendesak.

    Yang Gambi,
    Masalahnya orang Melayu tidak mahu bersatu, dan kaum lain bertepuk - tepuk tangan, bertepuk jgn segan, mengikut rentak syaitan... hidup menjadi senanggggggg...

    ReplyDelete
  6. salam,

    perkasa adalah NGO melayu islam yg memperjuangkan kepentingan orang2 melayu islam. MENGAPA UMNO NAK KETEPIKAN? MENGAPA PULAK PAS TAK PANDANG LANGSUNG? PKR LAGILA JAUH!!!

    kalau parti2 politik hanya memecahbelahkan orang2 melayu islam, elokla masuk NGO seperti PERKASA supaya SEMUA orang melayu islam dapat BERSATU.

    inikan NGO melayu utk orang melayu. apakah penyokong2 pas/pkr bangsa melayu TIDAK MERASAKAN MEREKA MELAYU? susahla kalau bangsa tidak diperkukuhkan. jadilah kita bangsa yg hilang maruah!!!!

    macam2 NGO2 cina & india yg memperjuangkan kepentingan kaum masing2. namun parti2 besar mereka tidak pula mengenepikan NGO2 mereka.

    MENGAPA PULA KITA HARUS IKUT TELUNJUK BEBERAPA KERAT PEMIMPIN DLM UMNO YG CEMBURU DGN KEKUATAN & KEIKHLASAN PERKASA? MARI KITA SAMA2 KE PASIR MAS 25 SEPT NI. SEBAGAI ORANG MELAYU ISLAM, AKU AKAN KE SANA, INSYAALLAH...

    ReplyDelete
  7. anti bohmau,
    tahniah... sampaikan salam kepada pejuang2 melayu disana. Katakan pada mereka bahawa Gerakan Timur sepenuh hati menyokong mereka!!!

    tak dapat hadir, ada saudara kawin daaa...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...