Apa lagi yang cuba disembunyikan oleh PSM. Agensi perisikan antarabangsa sudah mengesahkan wujudnya unsur komunis!
Alasan Arutchelvan tidak solid. Andai benar 2 import itu hadir ke Malaysia untuk menghadiri Kongres PSM pada 3 - 4 Jun, apa pula yang mereka buat pada hari2 selebihnya sehingga membawa penangkapan di Pulau Pinang tempoh hari?
Cuti-cuti Malaysia? Kanak2 tadika PASTI boleh lah kau goreng!
NICA sahkan ada unsur komunis
KUALA LUMPUR 29 Jun - Agensi-agensi perisikan antarabangsa termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA) mengesahkan lelaki warga Filipina, Romeo Castillo adalah Timbalan Setiausaha Agung sebuah parti berhaluan kiri, Partido Lakas dan Massa (PLM) serta Organisasi Hadapan Komunis di Filipina.
Agensi-agensi itu berperanan menjalankan risikan dan perkongsian maklumat berhubung ancaman luar yang boleh menjejaskan keselamatan negara terbabit.
Menurut sumber, strategi politik parti PLM yang berkait rapat dengan parti bersenjata komunis adalah dengan mencetuskan semangat rakyat sebelum menggulingkan kerajaan kapitalis bertujuan untuk menubuhkan kerajaan rakyat.
"Kerajaan Filipina tidak mengharamkan parti itu tetapi memantau rapi aktivitinya. Agensi perisikan antarabangsa memohon pihaknya dimaklumkan kedatangan Castillo ke negara ini supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat mengenai tujuan kedatangannya.
"Difahamkan, Castillo juga menghubungi Pengerusi PLM, Sommy Melencio dan memaklumkan penahanan ahli-ahli PSM. Dia (Castillo) kini gagal dikesan selepas dibebaskan baru-baru ini," kata sumber itu.
Semalam, sekumpulan anggota PLM diketuai Sommy telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Filipina, pukul 11 pagi, bertujuan mendesak kerajaan membebaskan ahli-ahli PSM yang ditahan dan menyatakan sokongan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Difahamkan, selain itu, alamat penginapan Castillo di Kajang sama dengan alamat pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Akhbar hari ini melaporkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menuduh akhbar Utusan Malaysia membuat laporan karut mengenai lelaki Filipina, Castillo dan warga Korea, Min Young Song yang didakwa ejen asing untuk membawa gerakan komunis di negara ini.
Menurut Arutchelvan, kehadiran Castillo dan Young Song, 24, ke negara ini bukan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan, sebaliknya datang menyertai Kongres PSM pada 3 hingga 5 Jun lalu.
Katanya, walaupun hadir sepanjang program PSM di Johor baru-baru ini, mereka berdua tidak membuat ucapan umum atau terlibat dalam perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh dilabel sebagai jenayah.
Sebelum ini, polis menahan 30 individu daripada PSM yang dipercayai penyokong Bersih di dalam sebuah bas ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan haram Bersih.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!