Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.
Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.
Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.
Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?
Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.
Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.
Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya. Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.
Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.
Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.
Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.
Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.
Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?
Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.
Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?
HAHAHAHA..PADAN MUKA KAU IZZAH..AHLI2 KAU SENDIRI PUN TAK SUKA KAU..(PKR)PARTI KRONI RAKYAT..YG BUAT GAMBAR/VIDEO TU SMUA ORG2 KAU GAK..TERUTAMA SAIFUDIN MUKA BULAN..SIASAT JGN TAK SIASAT WAHAI IZZAH OIIIII !!!!
ReplyDeleteSaya lihat golongan yang dizalimi dan banyak difitnah diMalaysia ialah kerajaan Malaysia khususnya UMNO. Saya rasa amat simpati terhadap PM Najib dan mentri mentri kabinet yang kerja keras untuk membela nasib rakyat. Saya harap mereka dapat bersabar dan banyakkan solat dan banyakkan bermunajat pada Allah s.wt., insyallah mereka akan dapat pertolongan dari Allah s.w.t. Antara doa yang dimakbulkan Allah adalh doa pemimpin yang adil. Saya llihat PM Najib sebagai pmimpin yang adil keran itu saya harap PM Najib tingkatkan ibadah dan bebanyak istifar semoga Allah beri kemenangan padanya.
ReplyDeletehmm..ini adalah taktik sebenarnya…
ReplyDeletesebenarnya dalam video itu mungkin bukan izzah, dan pkr tahu….mereka war2kan sahaja dan tuduh umno sebarkan.
kemudian pkr sendiri juga yang akan buktikan bahawa dalam video itu adalah bukan izzah ( yg mana mereka tahu dari awal lagi.) dengan cara ini umno akan terpalit dengan video palsu.
maka video2 anwar juga akan dianggap palsu
Jangan kita berbalah..meh tengok..
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=qFaw1lefOII&feature=youtube_gdata_player
SOALANNYA.TOLONG AMBIL KERTAS A4 TULIS KEBAIAKAN DAN KEJAHATAN YANG DI LAKUKAN OLEH PIHAK PR DAN BEGITU JUA DI SEBALIK UMNO..
ReplyDelete2.DARI MASA TUN LAGI HINGGA MASA NAJIB.
3.TULIS APA SAJA YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN NEGARA... BARU DAPAT JAWAPANNYA...TAKBIR..
Pada setiap issue dan setiap insiden dalam kemulut dan perjuangan politik harus bersandarkan kepada fakta, keterangan dan bukti. Pertamanya - Nurul bukan ahli politik. Beliau terjun dalam politik atas sebab bapanya. Dalam usia yg muda beliau mendapat tempat di Lembah Pantai yg akhirnya para penyokong dapat mengenali Nurul secara dekat dan kemampuannya. Terlalu muda (tidak dan kurang pengalaman) dalam apa juga bidang sekalipun akan menyaksikan banyak kesilapan dan kekurangan yg tidak mampu dielakkan. Dengan insiden-insiden juga tekanan demi tekanan yg bukan sahaja datang dari pihak lawan malah terhasil dari kesilapan-kesilapan dari bapanya maka Nurul akhirnya melakukan kesilapan yang akan diingati oleh seluruh Umat Islam di Malaysia. Dengan ilmu yang cetek, beliau mencadangkan bahawa "Kebebasan Agama itu juga harus diberi kepada Umat Islam". Saya percaya bahawa ini akan menjadi salah satu issue beliau akan hilang kerusi dalam PRU 13 akan datang. RR Kuala Lumpur.
ReplyDeleteWalau semaju mana pun negara ini,walau sekaya mane pun negara ini,walau seaman mane pn negara,tak guna semua itu kalau hukum Al-Quran dikata kan tidak sesuai. Kamu lagi bijak dari Allah Yang Maha Bijaksana kah???? Same2 kita pikirkan. Jangan lupa,semua ini dari Allah. Bila2 mase je Allah bole tarik balik. Tidak semesti nya peperangan,kemiskinan itu shj ujian Allah,tp ujian dlm bentuk kesenangan itu lg bahaya. Same2 kita pikirkan.
ReplyDeleteSABDA Rasulullah SAW: “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia, mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim.
SAMA2 KITA PIKIRKAN.
Maap kalau menyinggung perasaan sape2..hanye ingin memberi pendapat..Tq
ReplyDelete“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)..
ReplyDeleteSame2 pikirkan.maap kalau menyinggung perasaan sapa2..Tq
aku tengok si Anonymous kat atas aku dok komen pasal hudud Islam yang jadi bahan kempen PAS tu. begini sajalah, semua orang nak hudud Islam, tapi bab tak sesuai tu sebab kaedahnya melalui politik. orang Melayu cuma 58% aje. nak ubah perlembagaan mesti dua pertiga undi atau 67%. sebab tu tak sesuai, kaedahnya politik, bukan peperangan. nak berperang sekarang boleh, tapi mati kataklah. sebab pemimpin yang ditunjukkan Imam Mahdi, bukan nik aziz atau sesiapa pun, untuk lawan Yahudi Freemason International tu.
ReplyDeletekalau PAS tetap nak berkempen hudud, silakan. tapi apasal ubah manifesto, tolak negara Islam dan ubah jadi negara kebajikan? tapi PAS boleh buat hudud dulu sebagai teladan kepada UMNO. sebagai contoh, PAS boleh potong tangan nik aziz, sebab mencuri bangunan pasar Siti Khadijah (harta kerajaan negeri Kelantan) dan bagi kat menantu dia. kemudian, PAS boleh potong kaki nik aziz (tangan dah kena potong dah), sebab mencuri tanah rakyat kat Gua Musang bagi pada cina DAP. akhirnya, PAS boleh pancung kepala nik aziz sebab dah murtad. nik aziz dah syirikkan Allah tak bertempat dengan Allah bersila lendik atas arasy. sila tengok youtube.
dah 23 tahun PAS memerintah dah memperjuangkan hudud. Mohon PAS jalankan hudud kepada nik aziz sebelum tarikh mengundi 5 mei ini, supaya tidak munafik (menipu rakyat). sebab orang munafik tu duduk dalam neraka paling bawah. TAKBIRR...!!
jangan terlalu taksub dengan padangan...lebih baik tuan berdoa Allah kurniakan kita pemimpin bersifat ...
Deleteumpama nabi daripada asyik cari dan bentangkan keburukan orang lain.....maaf sekiranya tuan terasa dengan teguran saya...
Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
ReplyDeleteDi sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih