Bersama Berjuang

Tuesday, July 2, 2013

LIVE: Sidang DUN Selangor - Dato' Sam Buktikan Pengalaman Melebihi Segalanya


Sekali lagi, Ketua Pembangkang, YB Dato Samsuddin Lias "ditawarkan" jawatan Ketua PAC buat penggal ini. Untuk makluman, YB Dato Sam juga pernah ditawarkan jawatan yang serupa pada penggal yang lepas namun menolak. 

Buat kali kedua, semalam Dato Sam sekali lagi menolak "tawaran" tersebut kerana bersyarat. 

Apa syaratnya? Syaratnya adalah Parlimen harus melantik Anwar Ibrahim sebagai ketua PAC di Parlimen. 

Jelas, apa juga tindakan yang kononnya "jujur" dan "telus" oleh Pakatan Rakyat, terdapat niat tersembunyi. Sekali lagi, Pakatan Rakyat cuba untuk meletakkan "PM at all cost" sebagai pemimpin no. 1 Malaysia, setelah gagal menggapai impian pada PRU13. 

Mungkin kerajaan negeri Selangor perlu terlebih dahulu menyelesaikan isu pasir yang pernah dibangkitkan oleh YB Manickavasagam, yang GT ingat masih lagi tertangguh apabila saksi yang cuba dikemukakan tidak dibenarkan oleh PAC. 

Mujur Dato' Sam bukan gelojoh seperti Khalid Ibrahim...

3 comments:


  1. Syabas YB Dato Sam. Jgn bagi ruang dan peluang untuk Anwar Ibarahim, DAP dan kuncu2nya menhancurkan Negara, Bangsa dan Ugama. Pandangan dan tindakan Dato amat dialu2kan oleh Orang Melayu khasnya diSelangor supaya bangkit mempertahankan kedaulatan Negeri ini mengikut undang2 tubuh dan Perlembagaan Tanah Melayu.

    Disamping itu harap Dato membangkitkan perkara2 yang dijanjikan oleh kerajaan PR Selangor ini untuk kebajikan semua ibu2 tunggal, orang miskin, anak2 sekolah, masalah air, dll. Minta siasat bagaimana MB Selangor membayar hutang Bank Islam sebanyak RM60juta itu. Adakah ia mengambil dari wang kerajaan>

    ReplyDelete
  2. Dato Sam patut ambil jawatan itu demi rakyat, jangan jadikan sentimen parti mengatasi kepentingan rakyat Selangor. Pengalaman Dato perlu untuk menegur kerajaan.

    ReplyDelete
  3. laaa umno pembangkang ye ? baru ari ni aku tahu..
    ingatkan kera-jaan...tp berlagak bukan main lagi..
    hahaha....umno ke longkang..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...