Bersama Berjuang

Thursday, April 10, 2014

Hanya Untuk Orang Miskin - Merakyatkan Catuan Air #S14


Satu soalan yang penting perlu ditanyakan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mengapa di dalam kesibukkan mencatu air kepada penduduk, hanya rumah pangsapuri kos rendah dan kawasan penduduk miskin sahaja ianya dilakukan. Adakah ini salah satu cara kerajaan negeri “merakyatkan” pentadbiran mereka?

Sebagai contoh, mengambil situasi yang sedang berlaku di Shah Alam, Selangor. Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor, disini juga terletakknya pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga kediaman rasmi Menteri Besar. Walau bagaimanapun apa yang penulis ingin katakan adalah catuan air yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini adalah mengikut KASTA sosio ekonomi penduduk.

Di Shah Alam, hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja yang airnya dikenakan catuan. Boleh dikatakan semua kawasan pangsapuri kos rendah dikenakan catuan air selama dua hari. Ini bermaksud penduduk di kawasan pangsapuri kos rendah hanya berpeluang untuk menikmati kemudahan air untuk dua hari sahaja dan selepas itu ianya akan dicatu selama dua hari juga. Ini amat menyusahkan para penduduk kerana mereka terpaksa menakung air sebanyak mungkin untuk dua hari tersebut. Sekiranya ada diantara mereka yang kehabisan air, mereka terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah. Untuk pengetahuan umum, semua pangsapuri kos rendah tidak mempunyai lif dan para penduduk terpaksa mengangkut air dengan menaiki anak tangga.

Ini berbeza dengan kawasan perumahan mewah seperti di Bukit Bandaraya dan juga dikawasan sekitar rumah Menteri Besar Selangor, dimana catuan air tidak dilakukan langsung. Penduduk yang berumah banglo dan rumah yang tidak bertingkat bersuka ria dengan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri manakala para penduduk miskin terpaksa mengharungi saat-saat getir dalam kehidupan seharian mereka.

Jika di dalam ceramah mereka, kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat menekankan kononya mereka adalah pejuang rakyat miskin, namun perlaksanaan janji mereka amatlah berbeza sekali. Sudahlah air percuma tidak dinikmati penduduk pangsapuri kos rendah, ditambah lagi pula dengan ketiadaan air di Selangor yang dalam kritikal .

Mungkinkah perlu rakyat negeri Selangor yang tinggal di kawasan kos rendah beratur panjang di hadapan rumah Menteri Besar (rasmi dan tidak rasmi) kerana rumah beliau tidak mengalami masalah air. Bahkan di kediaman rasmi Menteri Besar, terdapat kolam renang untuk kegunaan beliau dan ahli keluarga beliau.

Adakah perlu untuk rakyat Negeri Selangor datang mengetuk pintu rumah beliau untuk meminta sebaldi air untuk kegunaan seharian. Rasanya jumlah liter padu air untuk mengisi kolam renang di rumah Menteri Besar itu boleh digunakan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 keluarga.

Kesian para penduduk miskin di Shah Alam, sudahlah air percuma tidak dapat, ini pula tiada air langsung yang boleh mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Kerajaan negeri Selangor boleh berbangga dengan statistik kecermelangan mereka sendiri, tetapi sekiranya mereka gagal dalam mentadbir pengurusan air, apa gunanya jutaan wang ringgit di dalam akaun kerajaan negeri tetapi langsung tidak boleh membantu rakyat  sendiri.

4 comments:

  1. saya tinggal di pangsapuri di sempadan shah alam / klang....catuan air memang hanya di kenakan di pangsapuri saja manakala di kediaman double storey terrace atau banglo masih ada air dari paip utama..bila selepas dua hari tiada air nampak bergegas pihak syabas dan MPK/MBSA datang untuk membuka paip utama yang disalurkan ke kediaman pangsapuri...dimanakah keadilan? jika susah biar sesama semua masyarakat berbilang kaum /ugama rasai kesusahan tersebut.Bukan hanya golongan miskin yang hanya menanggungnya..sudah lah rumah kecil..bilik mandi dan dapur berselerak dengan tong air..seronoknya teringat duduk dikampong...walaupun miskin tapi rumah kemas,..dapur kemas dan bilik mandi juga kemas..hanya guna air telaga saja...emmmm

    ..adijamsari..

    ReplyDelete
  2. kalau BN memerintah ini mungkin tak jadi, Langat 2 dah lama dirancang tapi bila PR memerintah projek tak jadi, salahkan PR, salahkan rakyat yang mengundi PR, salahkan anwar punasihat RM1. dah lama dah jangkaan Selangor tak cukup air di bagi tahu ke MB tapi sombong punya pasal, rakyat susah, sudah sudah lah menyokong PR. Baru baru ni Khalid kata Selangor tak mampu bina rumah mampu milik, jadi apalah nasib rakyat Selangor ... fikirkan... patut buat referendum tukar kerajaan..

    ReplyDelete
  3. Projek Langat 2 adalah pembangunan ifrastruktur bekalan air yang dirancang untuk persediaan menampung permintaan tinggi bekalan air khususnya terhadap kependudukan negeri Selangor yang memang padat.
    Sungai-sungai di Selangor yang selama ni disedut , ditapis dan dirawat sudah tidak sihat memandangkan tahap enap cemar yang menjadikan sungai-sungai Selangor bercampur dengan bahan buangan tidak terkawal spt sampah, najis binatang perliharaan, sisa bungan kilang, bangkai-bangkai termasuk bahan kimia.
    Kalau rakyat Selangor ada kesempatan lawatlah stesyen muka sauk antaranya di kawasan bidong, Batang Berjuntai dan lain-lain kawasan muka sauk.
    Tanya exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air dinegeri Selangor.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...