Bersama Berjuang

Thursday, May 31, 2012

Raja Bahrin, Suami Noryn Aziz Cuba "Lepaskan Diri" Dlm Isu Bumbung Stadium Runtuh???



Pagi ini saya baru menerima satu pendedahan dari sebuah blog yang di pos dalam inbox facebook saya, penyulawo.wordpress.com dan adalah pendedahan yang dilakukan penyulawo tersebut :-

SETELAH mengaku bergelumang sekian lama dalam dunia ‘jahiliah’, pelawak Bob Lokman menyertai PAS dengan harapan mahu mencuci dosa.

Dia bukan sekadar diberikan kerusi hadapan di pentas ceramah sebaris dengan pemimpin tertinggi PAS, kecelurapan Bob Lokman menghina dan mencerca adakalanya mendapat tepukan gemuruh penyokong parti itu.

Tidak hairan, jika ada yang membalas sinis perbuatan Bob Lokman sebagai ‘ustaz segera’ dan manusia terlanjur yang kerkapai-kapai mencari syurga di dalam PAS, iaitu sebuah parti ‘tudung tin biskut’.

Barangkali bagi arkitek terkenal Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah tampil lantang di pentas ceramah politik PAS salah satu cara untuk membasuh dosanya akibat runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jun 2009 seperti yang dicanang pembohong bersiri iaitu ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Tatkala pemimpin PAS berlumba-lumba menjadi juara ‘runtuh’ dengan melontarkan pelbagai tuduhan kepada Kerajaan Terengganu serta UMNO, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis jazz Malaysia, Noryn Aziz pula menjadi ‘cacing kepanasan’.

Jika sebelum itu, Raja Bahrin tersengih kepuasan setelah berdiri megahnya stadium yang bernilai RM292 juta yang mendapat pujian yang melambung, Raja Bahrin dan syarikatnya, arkitek di Seni Bahri hebat!

Selepas runtuhnya bumbung stadium yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud itu, Raja Bahrin mendahului panel penyiasat dengan mengatakan beliau tiada kuasa penuh mengawal projek tersebut.

Maknanya, Raja Bahrin mahu memberitahu dunia runtuhnya bumbung stadium itu bukan silapnya sebagai arkitek, tetapi silap orang lain walaupun setiap bulan pihaknya mengaku menghadiri mesyuarat berkaitan perjalanan projek kebanggaan rakyat Terengganu itu.

Mungkin, ini sikap orang yang mahu lepaskan diri dengan harapan rakyat akan mencari orang lain untuk dipersalahkan termasuklah UMNO.

Raja Bahrin yang menjadi arkitek projek berkenaan tidak segan silu menyalahkan pihak lain apabila bumbung stadium itu runtuh dengan alasan menggelikan lubang telinga iaitu pihak lain tidak amanah!

Begitu mudah pengikut PAS diperbodohkan! Seorang arkitek yang pakar dalam dunia senibina menggunakan alasan ‘tidak amanah’ sebab bumbung stadium itu runtuh.

Kenapa Raja Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu tidak menjawab secara teknikal, sebaliknya propaganda politik juga yang diminati.

Adakah Raja Bahrin mahu menunjukkan dia pandai bermain politik setelah dikhabarkan mahu diangkat sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Ladang pada PRU ke-13 nanti?

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan memberi laluan kepada Raja Bahrin kerana terlalu banyak komitmen hingga mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan itu.

Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri merungut, Wahid Endut tidak buat apa-apa untuk Parlimen Kuala Terengganu dan hanya menerima elaun setiap bulan dan setiap tahun.

Di DUN Ladang pula, ADUN PAS kawasan itu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ditolak rakyat. Buktinya, pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2008, kiraan undi di DUN Ladang menyaksikan PAS tewas.

Walaubagaimanapun, ada juga pemimpin dan penyokong PAS sudah mula mempertikaikan cadangan itu dengan alasan status keahlian Raja Bahrin dalam PAS.

Bagi yang mengenal parti PAS, status keahlian dalam PAS tidak penting, kerana Tun Salleh Abbas yang menang di DUN Jertih pada tahun 1999 dan dilantik EXCO Kerajaan Negeri bukan ahli PAS pada ketika itu.

Bagi yang pandai membaca rentak politik, mereka mahu melihat sejauh mana Raja Bahrin akan diheret oleh pemimpin PAS untuk memenuhi agenda politik parti itu.

Ada yang melihat, penampilan Raja Bahrin bersama PAS dek kecewa kerana tidak mendapat habuan beberapa projek kerajaan termasuklah pembinaan Masjid Negeri.

Jujurlah Raja Bahrin! Menghambur kata dusta di pentas ceramah bersama PAS dan Pakatan Rakyat belum tentu dapat ‘lepas kepala’ daripada dipersalahkan dalam tragedi bumbung stadium runtuh.


GERAKAN TIMUR:
Rupanya dia nih suami kepada Noryn Aziz.. errrmmm...  

Lucu, apabila seorang arkitek tidak membentangkan bagaimana runtuhnya bumbung Stadium secara teknikal, walhal, dialah orang yang paling layak sekali untuk berbuat demikian.  

Jawapannya adalah jawapan politik.  Seolah mahu lepas tangan.  

Akhirnya, UMNO juga yang bersalah.. muahahahahaha... kesian UMNO.... 

3 comments:

  1. Ya ke dia lulus dlm pengajian arkiteknya?

    ReplyDelete
  2. Dia project manager bagaimana boleh lepas

    ReplyDelete
  3. project manager adalah JKR..yang mengawasi pembinaan, meluluskan bahan binaan, mengesahkan peembinaan dibuat mengikut lukisan pembinaan yang dibuat oleh arkitek adalah JKR, yang membuat sijil pembayaran dan Sijil Penyiapan adalah JKR..sebab semua projek kerajaan Terengganu hendaklah di manage oleh JKR..perunding2 swasta Arkitek, Jurutera C&S dan Asas, QS merekabentuk stadium dan mengeluarkan lukisan pembinaan yang diluluskan JKR..lepas tender JKR mengawal sepenuhnya pembinaan..arkitek dan engineer hanyalah menasihati berkenaan teknikal keepada JKR, mereka tiada kuasa keatas kontraktor, hanya JKR yang berkuasa mengeluarkan arahan..dan berkenaan bumbung, ianya adalah kontrak Reka dan bina (design and build) yang di beri kepada kontraktor yang melantik pakar bumbung dari Korea Selatan..jadi mengikut kontyrak mereka merekabentuk, membekal dan memasang bumbung. Kejadian runtuh adalah tanggungjawab sepenuhnya kontraktor dan JKR yang MELULUSKAN dan MENGAWASI pembinaan bumbung. Skop arkite hanya menasihati JKR berkenaan apa2 kecacatan dan arkitek telah bekali2 menasihati JKR berkenaan kecacatan yang namak semasa memasang rangka bumbung lagi..tetapi tidak ada tindakan diambil kerana masa suntuk untuk menyiapkan stadium untuk pesta SUKMA. Jadi mengikut kontrak dan undang-undang arkitek tidak mempunyai kuasa keatas pengawasan dan kelulusan pembinaan. Itulah sebabnya tiada pendakwaan dibuat terhadap arkitek dan engineer.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...