Bersama Berjuang

Saturday, September 22, 2012

National V-Neck Day: Satu Usaha Menghina Islam & Perlembagaan



Sedang umat Islam terpaksa menangani perangai syaitan produser filem yang tidak ada kerja selain menjadikan dunia semakin tidak selamat, dan sedang kita menangani syaitan di tempat sendiri, iaitu Ngeh Khoo Ham atau DAP atas sikap tidak sensitif dan pandangan sembrono mengenai protes terhadap filem tersebut, kita jangan sekali-kali terlepas pandang akan ancaman syaitan yang satu lagi yang bukan sahaja disasarkan kepada agama kita, tetapi juga nilai-nilai kekeluargaan, moral dan juga kemasyarakatan secara keseluruhannya – iaitu ancaman sindrom lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Jika tidak silap, hanya beberapa tahun kebelakangan ini masyarakat kita mula menyedari betapa seriusnya ancaman LGBT di negara ini walaupun telah dikejutkan mengenainya lebih awal iaitu, lebih kurang 10 tahun sebelumnya, selepas kes liwat Anwar Ibrahim hangat diperkatakan.

Dalam jangka masa yang sama juga, golongan LGBT dan para aktivis hak mereka di Malaysia telah berjuang tanpa jemu untuk menyatakan kewujudan mereka dan memaksa masyarakat menerima ‘seksualiti luar-tabie’ mereka.  Program Seksualiti Merdeka adalah salah satu dari usaha mereka yang paling berani untuk mempromosi aktiviti paling hina dan jijik itu sebagai sesuatu yang semulajadi. 

Hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan aktiviti seperti itu adalah menyalahi undang-undang tidak menghalang mereka dari terus berjuang.  Jiwa yang sesat ini merayap di jalan-jalan belakang dan di internet cuba untuk mengumpan mereka yang suci dan naïf, anak-anak muda, agar menyertai mereka dalam kegelapan dunia Sodom dan Gomorrah atau Pompeii moden, di mana undang-undang digubal berdasarkan nafsu.  

Bagi mengawal golongan ini dari memaksa cara hidup jahiliah ke atas masyarakat kita, kerajaan dikatakan telah mengeluarkan garispanduan untuk mengesan simtom LGBT di kalangan murid sekolah.  Antaranya, kegemaran memakai baju berkolar V, warna terang mungkin merupakan petanda seorang budak lelaki itu terlibat dalam gejala gay.  

Akibatnya, ia telah mencetuskan kekecohan di kalangan gay, para penyokong dan pensimpati mereka.  Malaysia telah dikritik oleh media barat dan juga media gay/LGBT di seluruh dunia.  Di Malaysia sendiri, pejuang hak LGBT telah bertindak mempermainkan garispanduan tersebut dan kerajaan juga.  

Bagi mereka, garispanduan tersebut adalah merepek kerana seksualiti seseorang tidak dapat dan tidak harus dinilai melalui fesyen atau warna pakaian.  

Penulis harus mengaku bahawa mereka punya hujah yang baik di situ walaupun penulis diberitahu bahawa ia adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa gay memang gemarkan fesyen sebegitu, supaya senang mengesan sesama mereka.  

Cuma masalahnya ialah, walaupun hujah mereka mengenai fesyen tersebut boleh digunapakai, ia bukan merupakan alasan sebenar bagi mereka mempermainkan garispanduan tersebut dan juga kerajaan.  

Alasan sebenar mereka ialah untuk mempermainkan segala-galanya yang menyatakan bahawa LGBT adalah satu kesalahan dan satu dosa.  

Untuk ini, mereka telah mengambil langkah yang keterlaluan kerana ia juga bermakna yang mereka mempermainkan Islam, nilai kekeluargaan dan moral yang menjadi tunjang masyarakat yang sihat dan berperaturan.  

Yang mana juga membawa makna bahawa mereka secara terbuka mencabar perlembagaan dan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.  

Justeru, apakah perbezaan antara pejuang hak LGBT ini dengan Nakoula Basseley Nakoula, si syaitan yang menerbitkan filem Innocence of Muslims?  Bukankah mereka sama-sama mempermainkan dan mencabar umat Islam? Islam? dan ajaran Al-Quran?

Pejuang LGBT dan juga pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik telah menyuarakan bahawa tindakan mempermainkan garispanduan itu sekali gus menunjukkan yang masyarakat memprotes diskriminasi terhadap LGBT.  

Mengambil langkah yang lebih jauh lagi, para pejuang ini merancang sebuah program yang lebih besar untuk meluahkan kelucuan mengenai ‘garispanduan untuk mengesan gay melalui fesyen’.  Program ini dipanggil National Wear V-Neck Day di mana semua orang diseru untuk memakai baju berkolar V untuk mempermainkan kerajaan. 

Program ini yang dirancang diadakan pada 1 Oktober telah pun menerima lebih 1700 pendaftaran melalui Facebook. 

Jika ini belum cukup untuk membuktikan tujuan sebenar mereka, Reverend O Young Wen  Feng (juga dikenali sebagai Ngeo Boon Lin), seorang padri gay dari Malaysia yang berkahwin dengan pasangan gaynya di Kuala Lumpur Ogos lalu juga telah menandatangi program ini di facebooknya. 

Dengan itu, adalah jelas bahawa ia bukan berkenaan ‘garispanduan yang merepek’, tetapi berkenaan ‘mempromosi dan memperjuangkan hak LGBT’. 

Ia adalah berkenaan menyatakan bahawa ajaran Islam itu salah.  Ia juga tentang menyatakan bahawa kepimpinan Islam adalah penghalang kepada kebebasan total.   Ia tentang undang-undang mengenai homoseksual adalah lapuk dan ketinggalan zaman, sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Anwar Ibrahim. 

Jika garispanduan kolar-V adalah merepek, maka National Wear V-neck Day adalah tidak lebih dari mengangkat sesuatu yang merepek ke tahap yang lebih tinggi. 

Pejuang LGBT mungkin mampu mendapatkan beribu-ribu hadirin ke program yang merepek tersebut tetapi ingatlah bahawa ibubapa di Malaysia yang menentang carahidup LGBT adalah berjuta – dari semua kaum dan agama.  

Masyarakat LGBT di seluruh dunia mungkin boleh mempermainkan Al-Quran atau garispanduan yang dibentangkan kerajaan Malaysia, tetapi majoriti rakyat Malaysia yang rasional dan normal, akan berdiri teguh di belakang kerajaan yang prihatin terhadap anak-anak dan keluarga kami.  Lagipun apalah yang kerajaan bimbangkan akan tuduhan ‘merepek’ yang dilemparkan oleh golongan luar tabie?  Apakah yang lebih merepek dari menganggap perkara luar tabie itu sebagai semulajadi? 

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...