Sebagai tanda betapa harapan menggunung diletakkan kepada belia sebagai pelapis negara, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan komitmen kerajaan dengan merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid semalam.
Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan yang mensasarkan seramai 2 juta belia hadir, satu kali ganda berbanding penganjuran tahun lepas yang mencecah seramai 1 juta orang.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 belia dari pelbagai latarbelakang, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam negara.
Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek , Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.
Nantikan kehadiran ikon belia dan selebriti untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya.
Bukan hanya ikon belia mahupun selebriti, sebanyak 500 jenis acara telah dirancang oleh Kementerian Belia Dan Sukan, bagi memenuhi selera belia terhadap kepelbagaian aktiviti.
Bukan hanya ikon belia mahupun selebriti, sebanyak 500 jenis acara telah dirancang oleh Kementerian Belia Dan Sukan, bagi memenuhi selera belia terhadap kepelbagaian aktiviti.
Putrajaya khusus untuk belia, begitulah penghargaan dan harapan dari Perdana Menteri yang mahu melihat golongan ini terdidik dan kemudian menyambung cita-cita sebuah negara bangsa bernama MALAYSIA!
Apalagi weeiiiii... Jom Turun!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!