Bersama Berjuang

Tuesday, May 15, 2012

GEMPAR!!! MESTI TONTON: Video Peserta BERSIH 3.0 Serang Ambulans Didedahkan!!! Konvension Geneva Dicabul!!!



Apa yang anda saksikan di atas adalah realiti BERSIH 3.0 yang tidak dihebahkan kepada umum.  Apatah lagi, ianya disembunyikan dari laporan oleh BARua Council, parti peguam se Malaysia yang seharusnya menjadikan undang-undang sebagai dasar etika mereka.

Aksi diatas menunjukkan pencabulan undang-undang antarabangsa yang termaktub di dalam Konvension Palang Merah Geneva.  Dalam konvensyen pertama dan kedua, keputusan konvension antara yang dilembagakan ialah:

Perkara Enam:
Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka.

Perkara Tujuh:
Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.

Anda dapat melihat bahawa perusuh BERSIH 3.0 seperti di dalam video, menyerbu Ambulan berkenaan dan menendang mangsa yang berada di dalam ambulans, yang dipercayai seorang anggota polis, yang sama sekali mencabul Perkara Enam Konvension Palang Merah Geneva.

Perkara-perkara yang termaktub di dalam Konvension Geneva melarang sebarang bentuk serangan terhadap mana-mana entiti, atau sesiapa yang bernaung dibawahnya, atau berada di kawasan Palang Merah.

Perusuh BERSIH 3.0 ini bertindak melampau dan melanggar undang-undang antarabangsa. 

Majlis Peguam, tentunya faham dan ahli dalam undang-undang antarabangsa yang berkaitan. Apa kata mereka?  

Di dunia, hanya Israel yang berani mencabul undang-undang ini.  Maka, perusuh BERSIH 3.0 di atas selayakkan dikategorikan sebaris dengan Zionis Israel!  

Lihat siapa yang memimpin BERSIH... pro mereka kepada siapa, dan siapa pula membiayainya?  Tidak hairan, pengikut mereka juga begitu.  

Undang-Undang Antarabangsa dicabul!  

4 comments:

  1. POLIS PDRM kata . NO PROBLEM . Tak ada masalah . kita tahan 6 jam saja. NO PROBLEM .

    ReplyDelete
  2. musti ada pencacai yg akan ckp " ini sema keja umno atau pun SB".... dorang kan maksum

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah...
    Macamnih punyer SIAL pon BARua Council masih myalahkn PDRM...

    BARua Council tgk dgn sebelah mata atau pon tgk dgn MENUTUP MATA atau xtgk langsong pon...sekadar mendengar dari sebelah pihak...atau pon BARua Council mmg pro pembangkang...

    Pelik...kat Malaysia, anggota keselamatan spt polis x dilindungi oleh undang2, org awam boleh menyepak, menendang malah mmbunoh mrk krn hny org awam saje yg dilindongi undang2...

    xpayah la jadi polis la mcmnih krn kalo jadi perusoh atau pengkhianat negara akan dilindungi undang2...

    ReplyDelete
  4. HAKIM KATA...No Hal...BAYAR JAMIN DATANG LAGI SEBULAN DUA ..untung2 tangguh lagi

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...