Bersama Berjuang

Tuesday, May 29, 2012

BERSIH 3.0: Orang Melayu Bersemangat Juang, Namun Ambiga Lebih Bijak Mengkudakan Mereka!



Keengganan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasen untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia terhadap rusuhan yang berlaku semasa himpunan pada 28 April lalu, menunjukkan belang sebenarnya.

Rusuhan yang sepatutnya telah gagal menggerakkan hati kecilnya untuk menyedari dan mengaku kesilapan yang telah beliau dilakukan terhadap rakyat negara ini.

Sebaliknya Ambiga dengan angkuh dan bongkak berkata beliau hanya mahu meminta maaf kepada generasi muda kerana tidak berjuang dengan lebih gigih untuk prinsip-prinsip Bersih 3.0.

Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, Ambiga bermaksud bahawa biarpun negara Malaysia yang dicintai terbakar atau punah sekali namun ini tidak penting.

Yang lebih penting Ambiga dan kuncu-kuncunya dari parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan dan keganasan.

Ambiga yang sudah menjadi sebati dengan jiwa pembangkang bercakap mengenai nilai-nilai murni seperti keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya ang bersih tetapi hakikatnya apa yang mereka rancang dan laksanakan dalam tiga perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 adalah menyimpang dan jauh sekali nilai-nilai yang mereka perjuangkan.

Sebenarnya, penyokong-penyokong PAS dan PKR gagal memahami bahawa tujuan sebenar Ambiga ialah untuk memecah belahkan orang Melayu.

Perlu ditanya mengapa dalam dua himpunan yang telah diadakan sebelum ini amat sedikit sekali penyokong Cina yang hadir malah daripda kaum India boleh dibilang dengan jari.

Hanya pada Bersih 3.0, peserta Cina meningkat secara mendadak dan seolah-olah berani menunjukkan kekuatan mereka.

Ini semuanya adalah perancangan parti rasis DAP yang kini beryakinan mereka boleh mengalahkan BN dengan memperkudakan pemimpin serta penyokong dari kalangan orang Melayu daripada PAS dan PKR.

Ambiga bersama-sama DAP secara licik berpakat untuk memecah belahkan lagi orang Melau kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan dasar pecah dan perintah.

Melayu yang bersatu tidak mungkin dapat dipatah kekuatan perpaduan yang ada tetapi Melayu yang lemah dan rapuh perpaduan mereka akan menjadi amat senang bagi pihak musuh untuk meratah mereka.

Anwar serta pemimpin PAS seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz samada menyedari atau jahil terhadap senario yang membahayakan umat Melayu di negara ini telah menghulurkan leher mereka untuk disembelih oleh Ambiga dan DAP.

Tangan Anwar, Abdu Hadi dan Nik Aziz berlumuran dosa perpecahan Melayu disebabkan tindakan mereka bersekongkol dengan DAP.

Mereka patut bertanya kepada diri mereka sendiri, mengapa tidak seorang peserta Bersih 3.0 daripada kalangan kaum Cina pun yang didakwa berkaitan keganasan yang berlaku? 

Mengapa gambar lebih 100 individu yang dikehendaki polis hanya terdiri daripada pemuda-pemuda berbangsa Melayu?

Jika benar orang Cina dan India ikhlas menegakkan keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya yang bersih, mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup berjuang berdepan dengan tindakan polis dan FRU?

Di manakah komitmen orang Cina dan India atau adakah mereka hanya merupakan golongan opportunis yang tidak sanggup berjuang tetapi menunggu untuk meraih hasil perjuangan orang Melayu sahaja? 

Pemimpin Melayu seperti Anwar sanggup melacurkan maruah bangsa sendiri kerana cita-cita peribadi untuk menjadi Perdana Menteri, sekalipun negara tergadai.

Pemimpin PAS pula sanggup menjual islam sebagai komoditi murahan kepada DAP dan PKR hanya kerana gilakan kuasa dan pangkat. 

Ambiga dan DAP pula mengeksplotasi sifat tamak dan gila kuasa yang bermaharajalela dan sanubari Anwar, Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk memastikan orang Melayu akan terus bertelagah dan berpecah sehinggalah Tanah Melayu ini menjadai milik mereka suatu hari nanti.

Pada ketika itu objektif sebenar ketiga-tiga himpunan Bersih akan menjadi realiti kerana sememangnya pada masa itu ia akan menyapu bersih semua hak Melayu dan menjadikan bangsa ini sebagai pengemis di bumi mereka sendiri.

2 comments:

  1. Hello brother, apa yg you cakap tu semua orang dah tahu, hanya yg bodoh, bahlol dan bangak ja tak tahu- boss2 Pas dan Pkr ni dah tahu sebenar nya, tapi oleh kerana mentality mereka ni Pak Jening syndrome gilakan Putra jaya tu la sangup korbankan bangsa sendiri-kasihan i tengok bangsa ku yg bodoh ni-tapi being stupid is also a sin.

    ReplyDelete
  2. Tepat dan padat karektor yang dilukis tu..wahai ahli-ahli PAS buka hati dan minda anda.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...