Bersama Berjuang

Friday, March 23, 2012

SIDANG DUN: Lemahnya Hujah Menteri Besar. Memalukan !!!


Sidang DUN semalam, Khalid ada menyatakan tentang satu laporan hasil dari kajian sebuah universiti.  Katanya, mengikut kajian berkenaan, penjualan arak berkurangan di Selangor.  

Kata Khalid lagi, kajian berkenaan juga menunjukkan 70% pengundi atas pagar berpuas hati dengan isi kandungan akhbar rasmi kerajaan negeri, iaitu Selangor Kini.  

Namun, ramai yang mempersoalkan kesahihan "fakta" berkenaan, kerana Khalid tidak menyatakan sumber hasil kajian tersebut.  Sekadar menyatakan sebagai "hasil kajian universiti", ia tidak ubah seperti "saya dengar orang kata".  Hujahnya tidak konkrit, lebih kepada "berpolitik". 

Ia kembali kepada persoalan yang sama seperti dalam isu krisis air yang bakal melanda Selangor pada 2014 nanti.  Kerajaan negeri hanya memberikan jawapan sesedap mulut, tanpa didokong oleh mana-mana konsultan bertauliah.  

Dalam masyarakat bermaklumat hari ini, Khalid seharusnya bersikap lebih professional dengan mendedahkan sumber dari dasar kenyataannya.  

Dalam sidang DUN semalam juga, Khalid memberitahu masalah air yang melanda Selangor baru-baru ini adalah kerana banjir yang telah menjejaskan loji Syabas.  Menurut Khalid lagi, itu bermakna Selangor mempunyai air yang cukup, bukan seperti "dakwaan" bahawa Selangor bakal menghadapi krisis air.

Khalid perlu tahu 2 perkara.  Pertama, isu krisis air itu adalah hasil kajian dari konsultan bertauliah.  Dan yang kedua, krisis berkenaan hanya akan memuncak pada 2014.  Lucunya mengenangkan kenyataan Khalid, kerana 2012 dan 2014 adalah tahun yang berbeza!  

Sungguhpun begitu, rakyat Selangor harus faham, sedangkan banjir baru-baru ini juga telah menjejaskan bekalan air ke beberapa kawasan, apakah yang akan berlaku sekiranya banjir yang sama pada 2014 nanti?  

Maka, Loji Air Langat 2 adalah solusi yang terbaik, sebagai loji sokongan (contigency plan) pada masa sekarang, dan akan menjadi jalan penyelesaian bekalan air pada masa hadapan.

Melihat kepada senario di atas, Menteri Besar Selangor itu hanya bercakap berdasarkan anggapan, dan bukannya fakta.  

1 comment:

  1. dapat mb tebal egonya.....cdgn org lain mana nak ikut.....nasib badan dpt bebal mbnya

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...