Bersama Berjuang

Tuesday, November 22, 2011

PANASSS... NFC Berada Di Negara Arab Untuk Promosi Daging Halal!!! Bukan Seperti Dakwaan Puddin Mat Muka Bulan!


Saifuddin Nasution cuba mengoptimumkan serangan kepada NFC, syarikat yang punya cita-cita besar dalam industri halal.

Kali ini, Pudin Muka Bulan menghalakan fitnah terbarunya, iaitu menuduh bos NFC, Salleh Majid menggunakan wang NFC untuk melakukan umrah.

NFC bukanlah syarikat berhati kecil.  Modal perniagaannya sudah cukup untuk memberitahu akan saiz perniagaan tersebut.  Ia adalah pelan jangka panjang.  

Wajar bagi NFC untuk memasarkan produk daging mereka ke peringkat antarabangsa.  Dan sebagai produk halal, tentunya negara-negara Arab menjadi sasaran utama, kerana lebih mudah atas faktor jumlah penganut Islam.  Dan negara seperti UAE dan Saudi Arabia menjadi hub penting untuk penetrasi pasaran negara-negara Islam lain.

Gambar diatas menunjukkan Pengarah Eksekutif NFC berada di UAE untuk tujuan promosi produk mereka.  Ini menunjukkan usaha dari NFC. 

Selepas itu, Arab Saudi menjadi destinasi bagi tujuan yang serupa, mencari potensi pasaran kepada produk daging halal.

Dan apakah NFC tidak boleh berada di Arab Saudi untuk tujuan perniagaan? 

Salahkah, sedang punya kesempatan berada disana, seorang hamba Allah melakukan ibadah umrah atas rasa kasih pada Rasullullah, dan Rab nya? 

Apakah sebenarnya motif Saifuddin membuat kenyataan sejahat ini kepada Salleh Majid?  Mengapakah sampai tahap begini permainan politiknya?  

Apakah dia mengambil idea dari serangan fitnah terhadap ibadah haji yang dilaksanakan oleh PM?  

Apakah agama Saifuddin, sebenarnya?

Baca juga terjahan sahabat blogger DISINI.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...