Bersama Berjuang

Monday, November 14, 2011

MESTI BACA: Bagaimana Kerajaan Menggagalkan Usaha Si Pengawal Harga!!!


Kerajaan telah mencuba pelbagai cara untuk memastikan rakyat dapat menikmati kos hidup yang rendah.  Kos hidup, yang kebanyakkan berpunca dari harga barangan semasa tidaklah mudah untuk dikawal, seperti dakwaan sesetengah pihak. 

Dari sudut ekonomi, kos efisien tidak akan tercapai andai keseluruhan barangan dikawal oleh kerajaan.  Sejarah dunia membuktikan bahawa kerajaan yang mengawal harga-harga barangan telah lama terkubur. 

GT berbicara tentang negara-negara blok komunis dan sosialis, yang mengawal segala harga barangan.  Malah, Libya yang menawarkan harga minyak rendah pun tidak mampu mengelak dari menjadi mangsa gerakan barat. 

Biarkan permintaan dan pengeluaran memainkan peranan, dengan kerajaan memikirkan alternatif terbaik untuk memastikan harga barangan terkawal. 

Kerajaan sebenarnya telah menggunakan beberapa pendekatan seperti penguatkuasaan harga barang, namun amat sukar untuk memastikan pegawai yang bertugas berada di semua tempat. 

Gagal berbuat demikian, melalui bajet dan pemberian insentif tunai kepada rakyat, kerajaan berharap agar dapat mengurangkan beban rakyat.  Namun, mereka yang mengawal harga barang cukup bijak.  Bonus atau segala bentuk kewangan yang diterima oleh rakyat, disambut dengan kenaikan harga barang.  Mereka tahu, inilah masanya rakyat berduit, lantas mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan yang lebih. 

Sekali lagi, matlamat kerajaan tidak terhasil seperti yang diharapkan, gara-gara penguasaan mutlak pihak-pihak tertentu kepada harga barangan.  Dan rakyat, tanpa disedari menyalahkan kerajaan dalam hal ini. 

Alternatif berikutnya sangat praktikal, malah mencetuskan rasa bimbang dikalangan mereka yang menguasai harga barangan. 

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), telah menyebabkan antara orang terkaya di Malaysia, William Cheng bersuara bagi pihak "yang menguasai harga barangan".  Dengan harga 30% - 40% lebih rendah, William menyuarakan rasa bimbang terhadap golongan peniaga dan pemborong, yang selama ini menguasai harga barangan. 

Andai selama ini dia tidak bersuara, malah rakyat didodoikan dengan kononnya hukum ekonomi, demand n supply, si pengawal harga bijak berniaga dan sebagainya, kemunculan KR1M membawa persoalan; bagaimana harga yang ditawarkan boleh lebih murah berbanding yang dikawal oleh mereka? 

Kiasu, William mahukan golongan pengawal harga untuk diberi barangan yang sama untuk diniagakan.  Beerti, dia sudah nampak bahawasanya alternatif ini bakal memecahkan monopoli "pihak-pihak tertentu" dalam bidang ini. 

Politik terbaru yang dicetuskan oleh Tony Pua dan Nurul Izzah jelas maksud dan matlamatnya.  Untuk memberikan imej buruk kepada KR1M yang dianggap ancaman terbesar kepada "pihak itu" apabila rakyat tidak lagi bergantung kepada mereka untuk mendapatkan harga murah!

Kerajaan bergerak di dalam landasan yang betul.  Kawalan harga tidak mampu dikuatkuasakan 100%, diikuti dengan pemberian bonus atau insentif kewangan yang juga dimanipulasikan oleh si pengawal harga. 

KR1M adalah jawapan terbaik bagi kedai harga patut, atau kedai harga murah untuk dinikmati oleh rakyat. 

Pembangkang tidak akan mengizinkan ianya berlaku, kerana selama ini penguasaan ekonomi oleh golongan ini dijadikan senjata untuk menekan rakyat, yang akhirnya membawa kemarahan rakyat kepada kerajaan. 

Dan apabila kerajaan menemui jalan penyelesaian terbaik, maka bergetarlah hati mereka, lantas menggunakan barua-barua seperti Nurul E-Coli anak si B.A.B.I dan Mat Muka bulan untuk terus menggagalkan usaha kerajaan!

1 comment:

  1. Satu garapan yang hebat! Tahniah, Bro. Harap artikel ini dicetak dan diedarkan oleh pembaca yang singgah di sini kepada rakyat supaya rakyat lebih faham.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...