Apabila isu fidlot menjadi heboh, saya hanya memerhatikan perkembangan tersebut dengan teliti. Ada beberapa perkara yang dapat saya kesan berdasarkan pemerhatian saya sebagai orang awam dan orang Islam.
Bagi saya, NFC yang baru hendak masuk tahun ketiga beroperasi mungkin mempunyai kelemahan di sana sini. Apatah lagi wujud perjanjian yang masih belum dan lambat ditandatangani dengan pihak kerajaan menyaksikan, operasi tersebut tidak dapat dijalankan secara menyeluruh. Lagipun NFC mengambilalih kerja-kerja yang ditinggalkan oleh sebuah syarikat dari luar negara yang sepatutnya menjadi kontraktor utama, membuatkan seluruh operasi terpaksa dimulakan dari awal.
Namun berdasarkan bukti-bukti serta selarinya dengan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan sasaran 8,000 lembu bagi tahun 2010 telah dapat dicapai, saya melihat syarikat tersebut sedang berada di atas landasan yang kukuh dan tepat.
Saya tidak bermaksud hendak membela NFC kerana saya hanyalah seorang pembaca laporan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara dan lawatan yang dibuat ke ladang tersebut baru-baru ini, hanyalah lawatan singkat. Beribu-ribu lembu yang saya lihat di ladang itu, mungkin baru sahaja dimasukkan ke kandang fidlot untuk mengelabui mata saya.
Baca seterusnya DISINI.
Dengan dana rm 230juta.. takkan lembu yang dibela hanya beberapa ratusan ekor saja spt dalam gambar tu... pakcik2 difelda nampaknya bela lembu lebih banyak walaupun tidak bermodal jutaan RM yg diperolehi oeh keluarga2 istimewa ketua2 UMNO spt Shahrizaat, dll ....
ReplyDeleteInilah palsunya kerja2 ketua2 UMNO.. projek juta2.. tapi banyak yang GAGAL kerana ketua2 & bini2 mereka SUKA JOLI.. pemboros, pembazir, bergaya mewah dan berlagak TUAN BESAR yang tak boleh ditegur..... hasil dari melanun duit rakyat lebih 50 tahun tu..