Gambar diatas adalah manifestasi hakiki perjuangan PAS sebenar. Terkini dalam erti kata mudah. Kita faham dan setuju bahawa Ambiga adalah individu yang cuba memporak perandakan keharmonian negara tercinta ini.
Orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain sudah lama menetap dan menerima Perlembagaan Negara sebagai sebahagian dari cara hidup mereka. Kecuali DAP laknatullah, yang malar segar dari dahulu bersikap chauvinist tanpa sempadan.
Ambiga cuba merubah keharmonian yang selama ini cuba dirobek oleh DAP. Menyedari DAP gagal, gerakan terbaru atas nama NGO adalah senjata yang ampuh dalam menerbitkan rasa benci kepada Perlembagaan.
Hubungan Ambiga dengan pertubuhan yahudi di luar negara bukanlah sesuatu yang baru. Malah, dikhabarkan ada pertubuhan yang sanggup membiayai pergerakannya di Malaysia. Melalui dana yang diberi, maka perancangan dalam dijalankan dengan lancar.
Ambiga punya hubungan yang luas dengan Yahudi antarabangsa dan turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor PLURALISME di Malaysia. Ambiga ditaja oleh National Democratic Institute ( NDI ). NDI adalah salah satu dari 4 cabang National Endowment fo Democracy (NED ). Allen Weinstein pengubal dasar undang undang NED mengesahkan bahawa NED adalah seumpama CIA dan Ambiga telah dilantik sebagai ketua BERSIH 2 untuk menekan kerajaan supaya menerima segala kehendak mereka.
Bersih 2.0, isu permurtadan di DUMC dan terbaru Seksualiti Merdeka 2011 adalah perancangan terperinci untuk mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara. Pelan komprehensif ini sangat licik, dan ramai yang tersilap sekiranya hanya memandang Bersih 2.0, DUMC atau Seksualiti Merdeka 2011 sebagai isu yang berasingan (stand-alone).
Kembali kepada perjuangan Ambiga, dia menjadikan IFC sebagai dasar perjuangannya. Orang Islam dan Melayu masih belum lupa tentang tuntutan-tuntutan melampau mereka.
IFC gagal pada waktu itu gara-gara umat Islam dan orang Melayu bersatu padu tanpa mengira fahaman politik menentang keras tuntutan harbi laknatullah itu.
Tapi pada saat ini, Islam dan Melayu sangat lemah, yang mengakibatkan puak-puak ini berani "mencuba" atau "mengusik" Perlembagaan yang termaktub.
PAS yang dahulunya cukup konsisten menentang Ambiga, kini senyap. PAS meletakkan Ambiga di puncak tertinggi, dengan martabat tidak boleh disentuh gara-gara undi.
Dan posisi bendera seperti diatas memberitahu simbolik itu...
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!