Bersama Berjuang

Tuesday, November 15, 2011

Fitnah Pembangkang Terhadap Ibadah Haji Perdana Menteri Dijawab!!!


Dalam ibadat haji ada tiga perkara, iaitu, rukun, wajib dan sunat. Untuk perkara yang melibatkan rukun jika tidak dipenuhi atau tidak dilakukan dengan betul menyebabkan haji seseorang tidak sah. Manakala perkara wajib pula jika tidak dipenuhi atau tidak dilakukan dengan betul boleh dibayar dam tetapi berdosa. Yang sunat pula, lakukan dapat pahala, tidak lakukan tidak berdosa.

Rukun Haji (Tidak Boleh Dibayar Dam)

1) Niat
2) Wukuf
3) Tawaf
4) Saei
5) Bertahlul (bergunting/bercukur)
6) Tertib

Wajib Haji (Boleh Dibayar Dam)

1) Berniat ihram di Miqat
2) Bermalam di Mudzalifah
3) Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
4) Bermalam di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah (Nafar Thani) atau bermalam di Mina Pada 11 dan 12 Zulhijjah (Nafar Awwal)
5) Melontar Tiga Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah jika melakukan Nafar Thani atau melontar tiga Jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah jika melakukan Nafar Awwal.
6) Meninggalkan larangan ihram

Berhubung isu yang timbul yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia selesai awal dalam melakukan ibadat haji, saya merasa terpanggil untuk menyatakan pendapat saya. Punca kepada cakap-cakap tersebut apabila laman twitter PM menulis mengatakan beliau telah selesai melakukan urusan haji pada 6 November atau pada 10 Zulhijjah.

Pada pandangan saya apa yang cuba dimaksudkan dalam tulisan di laman twitter tersebut adalah PM telah selesai melakukan semua rukun haji dan beliau telah pun keluar dari ihram. Saya berkeyakinan itu yang dimaksudkan, dan saya juga yakin pegawai-pegawai yang menjaga laman twitter PM tertinggal perkataan rukun dalam tulisan tersebut.

PM hadir melakukan ibadat haji pada tahun ini sebagai tetamu Kerajaan Arab Saudi. Oleh yang demikian segala pergerakan atau urusan untuk menunaikan haji termasuk waktu-waktu untuk melakukan urusan haji telah ditentukan oleh tuan rumah. Saya difahamkan PM melontar Jamrah Aqabah selepas tengah malam 10 Zulhijjah (malam hari raya), dan melakukan Tawaf serta Saei pada jam 2 pagi hari yang sama. Selepas selesai semua itu beliau bertahlul,  dan tamatlah urusan Rukun Haji bagi beliau dan beliau sudah boleh memakai pakaian biasa. Cuma beliau masih lagi terikat dengan melontar tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah.

Jika diikutkan banyak lagi yang saya ingin perincikan , tetapi kita tidak perlu pening-peningkan kepala. Jika PM selesai urusan haji pada 6 November (10 Zulhijjah), apa gunanya beliau masih berada di Mekah pada 11  dan 12 Zulhijjah ? 

Tidakkah ianya untuk ibadat melontar tiga jamrah pada tarikh-tarikh berkenaan ? Selepas semua urusan melontar selesai beliau terus pulang ke tanah air pada malamnya tanpa menunggu sehari atau dua hari kerana masa amat-amat berharga bagi seorang PM. Jika semuanya telah selesai pada 10 Zulhijjah, maka sudah tentu beliau akan terus pulang pada tarikh berkenaan.

Dipetik dari blog Haji 1432

3 comments:

  1. pengikut pakatan terlupa nak suroh DSAI pergi haji, dan terlupa nak suroh angkat sumpah dalam masjid dan yang tak terlupa ia lah mencari kesalahan

    ReplyDelete
  2. Lu jadi penasihat Haji Najib dan Hajjah Rosmah ler, lagi bagus dari yang sedia ada. Gua pun nak tolong jawab juga pasal 11hb-12hb Haji Najib masih berada bukan kerana apa, ianya semata-mata untuk kepentingan diri. Lu tahu apasal gua kata macam tuh, pasal Haji Najib tunggu ucapan tahniah dari Raja Abdullah yang kononnya beliau adalah PM yang paling bagus dan nak tunjuk kat rakyat 1Malaysia bahawa beliau adalah pemimpin dunia pertama yang berjumpa dengan Tengku Mahkota yang baru. Nama pun 1malaysia.....

    ReplyDelete
  3. apsal gerakan anti najib/rosmah ni sakit hati dgn najib/rosmah. tapi kata2nya menunjukkan kecumburuan yang amat sangat.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...