Bersama Berjuang

Wednesday, October 12, 2011

Pengarah & Hero Hantu Kak Limah Balik Rumah Sertai UMNO Esok???


KUALA LUMPUR – UMNO akan menerima beberapa lagi artis terkemuka menyertai parti itu esok.

Mynewshub difahamkan, antara artis tersebut adalah penyanyi dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.

Awie dan beberapa artis terkemuka tanah air terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut dipercayai akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Mynewshub turut difahamkan, majlis itu akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn petang esok.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Sumber:  MyNewsHub

GERAKAN TIMUR:
Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahuuu...  Jom layan video ini...

1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...