Bersama Berjuang

Saturday, October 8, 2011

Bajet: Semuanya Salah Barisan Nasional!!!



Apa jua yang dilakukan oleh kerajaan, maka itu adalah salah.  Inilah pegangan pembangkang yang senantiasa membangkang, bangkang dan bangkang.  

Pembentangan bajet terbaru adalah bukti , betapa pembangkang melabelkan ianya isu gula-gula politik.  

Sekalipun itulah dakwaannya, kita masih belum lupa, betapa pembangkang melabelkan bonus RM500 kakitangan kerajaan sebelum hari raya tempoh hari sebagai kedekut.  

Lahirlah politikus mereka mengatakan seandainya mereka memerintah, maka ia akan lebih banyak dari apa kerajaan beri pada waktu itu.  

Dan bajet terbaru menyaksikan rakyat diutamakan.  Namun pembangkang mula bersuara, sekali lagi terus menuduh ia gula-gula politik.  Dan Azmin Ali tidak terkecuali dalam isu ini.  PAS pula mendakwa bahawa bajet yang dibentangkan boleh dikurangkan, atas alasan berjimat.

Beri sikit salah, beri banyak pun salah.  Tapi mereka tidak pula menolak apa yang diberi, walaupun mulut tidak habis mengata.  

Busuk punya mulut!!!

KLIK SINI untuk mengetahui intipati bajet 2012.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...