Maklumat dalaman yang Anwar perolehi untuk bajet rupanya bertaraf bangkai.
Pembentangan awal yang dirancangkan untuk menenggelamkan Bajet 2012 jelas gagal, berikutan maklumat dalaman yang tidak tepat.
Suara-suara dari kuncu-kuncu Anwar yang melaungkan kehebatan Bajet Anwar sebelum ini hilang, dek kerana terpegun dengan apa yang disampaikan oleh DS Najib.
Oleh yang demikian, kita melihat tidak ada hujah yang cuba membanding kehebatan bajet Anwar dengan Bajet 2012 Malaysia. Yang ada hanyalah alasan atau penafian lapuk, iaitu ianya gula-gula politik.
Entah berapa banyak wang yang dihabiskan bagi mendapatkan maklumat dalaman itu. Ia benar-benar merobek hati Anwar yang ingin dilihat intelektual ekonomi.
Anwar sedang mengamuk, pasti ada "orang dalam" yang sedang risau, kerana dendam Anwar tidak akan luput.
Begitulah kisahnya. Bukan Bajet Anwar, tetapi Bejat Anwar!
Bajet 2012 untuk semua.. rakyat di semua peringkat.
DS Najib tersenyum girang, dia tahu bahawa terdapat anai-anai dalam pentadbirannya. Dan "dummy budget" nya telah mengena kepada orang yang dummy.
DS Najib sekali lagi membuktikan dia berada selangkah di hadapan Anwar.
My foot,bajet najib hebat.Pkar ekonomi pun pning kpala,mna nk cekau duit utk bajet tu.GST le jwap ny.
ReplyDelete