Bersama Berjuang

Friday, September 9, 2011

GEMPAR!!! PM Bakal Diserang Hendap???


Baru sebentar tadi MyMassa mendapat satu lagi rancangan jahat pembangkang untuk sabotaj rumah terbuka anjuran Kerajaan Persekutuan.

  • LAGI RANCANGAN BUSUK PAS SABOTAJ LAWATAN PM. 

PAS dilaporkan merancang satu lagi sabotaj bagi menggagalkan Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia yang akan dihadiri oleh YAB PM pada 11/9/2011 di Guar Perahu, Permatang Pauh. Dalam menjayakan rancangan jahat dan hati busuk mereka, PAS dengan diketuai oleh Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dan Raduan Ramli, Exco Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan mengadakan satu demonstrasi semasa ketibaan YAB PM di majlis tersebut.Demonstrasi itu akan turut disertai ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan serta para penyokong Pakatan Rakyat. Beberapa lokasi dikenalpasti di mana 
demonstrasi itu akan diadakan. Antaranya ialah di hadapan SMK Guar Perahu, di bawah jejantas dan Pekan Penanti dengan mempamirkan beberapa plakad dan poster yang akan menyentuh isu Altantuya dan cincin berlian. 

Perancangan Pakatan Rakyat khususnya PAS ini jelas memperlihatkan betapa jahatnya golongan yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam. Agama Islam hanya topeng serta alat untuk menjayakan agenda politik dan berkuasa. Niat jahat mereka amat nyata dengan tujuan untuk melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak tenteram di kalangan orang Melayu sesama sendiri. Apabila tercetusnya pertelingkahan dan pihak berkuasa khususnya polis mengambil tindakan undang-undang, mereka akan menjadikannya sebagai modal politik untuk menghasut rakyat dengan dakwaan bahawa kerajaan menyalahgunakan kuasa. 



  • GUAN ENG DAN PEMIMPIN PR AKAN DI MAJLIS RUMAH TERBUKA 1 MALAYSIA WALAUPUN TIDAK DIJEMPUT. 

Lim Guan Eng bersama Exco serta pemimpin Pakatan Rakyat kelmarin (7/9/2011) memutuskan untuk hadir di Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia pada 11/9/2011 di Guar Perahu. Samada mereka dijemput atau tidak, mereka akan tetap hadir pada jam 11.20 pagi hari berkenaan.

Ini adalah satu strategi dan taktik terselindung Guan Eng dan DAP untuk menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu menghormati PM. Ketika di majlis itu mereka tunjukkan sibuk dan betapa pentingnya mereka untuk bersama PM. Kehadiran mereka sudah tentunya akan mendapat liputan serta publisiti meluas oleh media Cina (yang pro PR / DAP) untuk menarik perhatian orang ramai dan ini akan memberi "political mileage" kepada DAP. BN perlu berhati-hati dengan taktik populis Guan Eng ini. Pemimpin dan penyokong BN dari pelusok negeri perlu datang seramai mungkin dan bersemangat. Selain itu Guan Eng juga tidak boleh diberi ruang untuk berucap dan menjadi orang penting dalam majlis itu kelak.

Kami mohon agar maklumat ini disebarkan supaya lebih ramai yang tahu mengenai rancangan jahat pembangkang. 
 
Sumber: MyMassa

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...