Makan tengah hari tadi, ramai kawan2 GT yang mengeluh.
Kenapa? Caj 6% pada top up pra bayar yang akan dikenakan kepada pengguna talian telefon mudah alih.
Kawan2 GT ni biasa2 je... kerja kilang, kerja dengan kontraktor yang mengutip sampah, dan ada yang meniaga kecil-kecilan tepi jalan, jual air dan pisang goreng.
Mereka bingung, kerana caj terbaru ini. Pada sesetengah pihak, mungkin anggap ianya tidak membebankan. Tapi berapa ramai kawan2 yang terpaksa pinjam handset kita, nak "mintak sms" katanya. Apa maknanya tu? Tak sempat top up? Sedangkan berlambak top up dijual, waima di kedai hardware sekalipun!
Cukup2 lah setakat suara operator yang menjawab dan caj pula dikenakan. Sudahlah tidak menguntungkan pengguna, malah melebihkan pula syarikat telekomunikasi yang sedia maklum, untungnya tak hengat! Nak ikut pulak kata-kata syarikat telekomunikasi ini?
Siapa pulak yang tukang lobi kat kerajaan ye???
Ini siapa punya kerja? PEMANDU? TERAJU? Siapa? GT tak tahu.. Betul kata Parpukari, andai perkara ini tetap diteruskan bermula 15 September nanti, maka bersiaplah segala menteri dan pegawai-pegawai khasnya, untuk berkemas, walaupun bukan semua terbabit dalam perkara ini, kerana BN boleh tumbang BUKAN dek kerana dinamik dan bagusnya pembangkang, tetapi kerana penasihat-penasihat kerajaan atau pelobi yang terlibat keranan sudah boleh kita kategorikan mereka sebagai BODOH MELANTUN-LANTUN!
Dan berapa ramai pula yang terima implikasi dari caj ini? 15 juta pengguna tempatan handset di Malaysia.
Bermakna berjuta pengundi yang akan menentukan apakah BN masih relevan untuk penggal yang akan datang.
Soalan maut: YAB Perdana Menteri, nak menang PRU ke tak nak?
Dari rakyat, untuk rakyat!
nasihat dari Idris Jala ke?
ReplyDeletewalaupun bertimbun kerja pm kena buat, jawab jugak soalan ini. nk menang ke nk melingkup pru13 yg akan dtg. kalau nak melingkup, ckp awal2. teruskan cukai 6% tu, teruskan. senang kerja rakyat... bukan pr tu bagus sgt, tp kerana kerajaan bodoh dgr nasihat maha bangang. aku bukan suka dgn pr, tp hati aku makin bengang % meluat dgn tahap bodoh melantun2 kerajaan. bodoh kerana carik nahas.
ReplyDeleteKerajaan harus tangani isu ini dengan cermat dan berhemah kerana isu ini boleh meletakkan pengundi-pengundi atas pagar supaya membuat "U turn" sekali lagi.
ReplyDeleteSyarikat komunikasi yang mengaut untung berlipat ganda seharusnya bertindak menyelamatkan keadaan ini dengan memberi situasi "win win" iaitu sepatutnya cukai 6% itu tidak hanya dibebankan kepada pengguna pra-bayar sahaja, kalau nak adil kenakan sama banyak antara pengguna dan syarikat komunikasi.
Pembangkang akan mengambil isu ini untuk propaganda mereka bagi mengurangkan popularti kerajaan, dan rakyat (pengguna) akan terpengaruh seterusnya akan dizahirkan melalui satu tanda pangkah pada kertas undi.
Kalau boleh jangan adakan isu-isu panas ketika hampir menjelangnya pilihan raya. Kami Ahli UMNO akan merasa sukar untuk menjadi peraih sokongan rakyat kepada kerajaan jika banyak sangat isu yang perlu diperjelaskan.
warga sebelum merdeka
Dulu caj kad keredit, la ni caj kad pra bayar pulak. Sapa yang untung agaknya ya?
ReplyDeletenajib bodoh tak boleh di ajar
ReplyDeleteSapa lah punya idea pelingkop ni, kalau kami ni kaya kami tak pakai lah prabayar dah tentu kami pakai yg berbil punya, perlu di ingat majoriti yg pakai prabayar adalah rakyat berpendapatan rendah dan ingatlah undi terhadap umno banyak dari golongan tersebut, teruskan lah kalau rasa BN nak lingkup, harap TPM mendengar keluhan ini sebab apa aku pilih TPM untuk mendengar keluhan ini, mungkin anda diluar sana tahu !
ReplyDeleteKali ni kalau KJ nak sangat berdebat dgn Mat Sabu, inilah isunya yg Abg Mat tak akan tolak. Mampoih KJ nanti kena belasah.
ReplyDeleteTuruspagar.
Salam,
ReplyDeleteSebenar selama ni pun pengguna memang dah bayar cukai perkhidmatan ni.
Kalau sykt telco tu kata sebelum ni dia serap kos cukai tu, dia pakai duit apa?
Duit yang pengguna bayar jugak la.
Takkan pakai duit telco sendiri.
Diorg cuma kurang untung je, bukannya diorg rugi.
Contoh:
Sebelum 15 Sept 2011 -
Utk top-up RM10, pengguna bayar RM10 juga.
Sykt terima RM9.40, Kerajaan dapat cukai RM0.60.
Selepas 15 Sept 2011 -
Utk top-up RM10, pengguna bayar RM10.60 pulak.
Sykt terima RM10, Kerajaan dapat cukai RM0.60.
Mana ada cukai tambahan utk Kerajaan, tetap RM0.60 juga. Yg dapat lebih sykt telco.
Jadi ini bukan isu Kerajaan naikkan cukai, ini isu sykt naikkan harga.
MTMR
Kpd blogger2 pro kerajaan saya cadangkan cuti tampa gaji sehingga cadangan cukai 6% ni ditarik balik. Biar Tun Faisal dok merapu sorang2.
ReplyDeleteDema semua dok blogging siang malam demi kerajaan dan rakyat tetapi telah tidak diambil peduli.
Dgr ceramah Abg Mat dgn Mah lagi baik.
Turuspagar.