Bersama Berjuang

Sunday, August 28, 2011

Usul Desak Ismail Sabri Percepatkan Assesibiliti Kedai 1 Malaysia Ke Seluruh Negara!!!


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dua lokasi iaitu Kelana Jaya dan Bandar Tun Razak, Kedai Rakyat 1Malaysia telah berjaya mengutip hasil jualan mencecah hampir RM1 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak mencatat purata jualan terbesar iaitu RM16,000 sehari sejak dibuka 21 Ogos lalu.

Sementara, katanya, Kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya yang dibuka pada 22 Jun lalu mencatat purata jualan sebanyak RM12,000 sehari.

"Sambutan terhadap kedua-dua kedai ini amat menggalakkan, bukan sahaja daripada penduduk setempat tetapi juga dari kawasan lain antaranya Gombak, Sungai Buloh dan sebagainya.

"Malah saya percaya, pembukaan cawangan terbaru nanti akan memberi faedah kepada para pengguna sekitar Lembah Pantai termasuk para penuntut universiti berdekatan.

"Oleh itu kita akan mempercepatkan lagi pembukaan kedai-kedai ini di kawasan lain dalam membantu mengurangkan beban rakyat terutama bagi menghadapi krisis kenaikan harga barang ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan cawangan ketiga Kedai Rakyat 1Malaysia di Kuarters Dewan Bandaraya (DBKL), Pantai Permai, Pantai Dalam di sini, hari ini.

GERAKAN TIMUR:
Desakan kos hidup yang tinggi membebankan rakyat.  Apa jua alasan, apa jua strategi tidak seampuh keupayaan meringankan bebanan rakyat.  

Poket rakyat sangat sensitif.  Mesir bergolak gara-gara kos hidup yang tinggi, pendapatan rendah yang akhirnya mengakibatkan kesukaran untuk meneruskan kehidupan.  Pendapatan seorang pensyarah di Mesir sekadar menyamai pendapatan anggota Polis biasa di Malaysia.  Nak makan pun susah...!  


Kedai Rakyat 1 Malaysia dilihat menjadi inisiatif terbaik setakat ini untuk meringankan poket rakyat. 

Perkara baik, mengapa perlu dilengahkan?  Semoga kenyataan dari Ismail Sabri di atas bukan retorik semata-mata, kerana rakyat menilai prestasi kerajaan.  

Kedai Rakyat 1 Malaysia WAJIB diperbanyakkan SEGERA!!!

Dan inilah usul mendesak dari saya, YB Isketambola...

2 comments:

  1. KEDAI 1MALAYSIA??..HUAHUAHUAAA..SAPA YG NAK BELI BRG2 TAK DA KUALITI..HANYA PENYOKONG UMNO YG BANGANG JERR BHAII

    ReplyDelete
  2. jgn barua2 or musibat2 pakatan rakyat yg mai beli sudah...ada yg hentam kerajaan tp dok keja ngan kerajaan..mcm sial lah!!!!...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...