Bersama Berjuang

Thursday, August 18, 2011

Pertikai JAIS Bermaksud Pertikai Sultan... Siapa Yang Tak Faham2 Tuuu..?


Itulah hakikatnya kerana JAIS dibawah bidang kuasa Sultan, yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam di negeri ini. 

Dan undang-undang telah termaktub rapi, bagi mereka yang ingin memahami. 

Tidak menghairankan apabila campurtangan politik berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Fuckatan, kerana kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu tidak disenangi oleh mereka. 

Kita masih ingat tindakan biaDAP Karpal Singh terhadap Sultan Perak.  Itu adalah titik permulaan penentangan mereka terhadap institusi ini pada era "politik baru", walaupun agak sunyi kebelakangan ini.  Sunyi jangan dianggap mati, kerana pergerakan halus mereka sedang mencari peluang untuk menyerang badan atau majlis yang dipayungi oleh institusi raja-raja Melayu ini.

Itu Karpal Singh, yang pernah makan pelempang gara-gara celupar mencabar hati bara orang Melayu, tetapi tidak pernah lupa akan perjuangan harbi laknatullahnya.  Apatah lagi jika kita membicarakan iblis-iblis baru dalam arena politik tanahair.

Perhatikan movement mereka, segalanya yang termaktub di dalam undang-undang akan diserang, dimanipulasi dan dicabar kedaulatannya.  Dari perihal agama Islam, hak istimewa dan sebagainya.

Sebagai contoh, tekanan yang dihadapi oleh JAIS, bukan berkenaan JAIS semata-mata.  Harbi laknatullah mengambil peluang untuk "mencuba" kesabaran dan kecerdikan orang Melayu dalam berpolitik.  Ada agenda lebih besar dari itu;  pertama dalam soal pemurtadan, dan kedua pula peluang untuk mencabar undang-undang.  Ia juga seperti apa yang sedang dihadapi oleh MBPJ yang telah nyata memberitahu akan status bangunan DUMC.

Secara bijak, anasir-anasir laknatullah ini tidak perlu bersusah payah, kerana telah wujud golongan Melayu yang sanggup menjadi pecacai mereka. 

Bayangkan status seorang MB yang terhegeh-hegeh memohon maaf, tanpa mendapatkan penjelasan yang sah, menekan JAIS dan secara tidak langsung boleh dianggap sebagai menentang Sultannya pula. 

Inilah jenis manusia yang didambakan oleh harbi laknatullah, manusia yang tidak mempertahankan agamanya dan bangsanya.  

Lama kelamaan, akan mudahlah tugas mereka untuk menguasai segala-galanya. 

1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...