Fitnah demi fitnah dari gerombolan pembangkang akhirnya didedahkan.
Ia sebenarnya mencerminkan sikap pembangkang yang lontar batu sembunyi tangan, dengan langsung tidak bertanggungjawab dengan apa yang mereka gembar-gemburkan.
Asal ada ruang dan peluang, melalaklah mereka berkata itu dan ini, asalkan dapat political mileage. Tidak hairan apabila ada veteran DAP sendiri yang berkata parti itu semakin tidak bermoral, apatah lagi diadun dengan tahap moral Anwar... hancussssss...
Anehnya, PAS yang kononnya kuat beragama pula terheret sama dalam perkara seumpamanya. Persoalannya, agama apa yang kuat mereka amalkan pula?
Kemunculan Puan Mismah di dada akhbar semestinya telah membenarkan kemunafikan dan label pemfitnah tegar di kalangan pembangkang, yang pastinya selepas ini akan diam membisu, sambil mencari lagi fitnah terbaru. Ia tidak sukar, kerana rata-rata mereka dibesarkan di dalam kilang fitnah.
Pendedahan demi pendedahan oleh sahabat blogger adalah bukti jelas, betapa fitnah adalah ruji pembangkang. Dan Puan Mismah telah membuat "checkmate" ke atas segala spekulasi, tuduhan atau lebih tepat, fitnah pembangkang.
Kita mahu dengar, apa lagi yang mahu mereka spin selepas munculnya empunya diri yang cuba dipolitikkan. SPR dan JPN rupanya jauh lebih telus dari pembangkang syaitanirrajim itu.
Dan Malaysiakini selaku "kilang fitnah" bertindak bukan sekadar untuk memfitnah, tetapi juga sebagai satu alat pencucian akidah Islam ke arah kekeliruan. Dan apabila keliru, pihak Gereja dengan kerjasama PAS tidak sukar meneruskan agenda seterusnya.
Pemuda PAS yang kelmarin dulu beriya-iya untuk berdemo, sudah boleh bersiap sedia segala perancangan gara-gara isu Mismah, dan GT akan aturkan agar sewaktu demo nanti, Puan Mismah dibawa bersama untuk tatapan pemuda-pemuda yang bebal itu!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!