Bersama Berjuang

Wednesday, August 17, 2011

Fatwa Terbaru Nik Aziz Haramkan Penggunaan Pembesar Suara Dalam Ceramah PAS?


Seronok memerhatikan politikus senja yang seorang ini.  Bak kata sahabat blogger GAP, selagi dia hidup, selagi itu blogger dibekalkan dengan peluru hidup untuk terus berjuang.  

Seantero Malaysia bergegar apabila dia berkata HARAM menggunakan pembesar suara untuk bacaan ayat suci Al Quran waktu subuh.  Alasannya, ia mengganggu ketenteraman awam!  

Bertahun lamanya para mufti dan ulama-ulama PAS tidak pernah mempersoalkan perkara yang sudah menjadi lumrah di Malaysia ini, tetapi hari ini kita menyaksikan bagaimana sekali lagi, setelah berkali-kali, Islam dilacurkan oleh si tua ini hanya kerana mahu "kow-tow" kepada DAP!  
Adakah kita akan melihat Kelantan juga bakal difatwakan sebegitu rupa?

Idea dari Zahid Mat Arip, si mulut halilintar muncul lagi dengan mencabar agar Nik Aziz haramkan terus penggunaan pembesar suara di ceramah-ceramah mereka.  

Apa relevannya?  Jawapannya ialah sedangkan bacaan suci Al Quran pun telah diharamkan olehnya, apatah lagi ceramah pas yang merangkumi perkara-perkara berikut:

1.  Menggunakan kalimah suci untuk dimanipulasikan demi politik 
2.  Caci maki
3.  sumpah seranah
4.  fitnah
5.  pembohongan
6.  berjanji tetapi tidak pula ditepati
7.  membawa masuk kafir harbi laknatullah ke kampung-kampung Melayu
8.  .....
9.  .....

....korang sambunglah.. tak larat nak tulis dah...

Dan andai dibandingkan dengan fatwa pengharaman bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara, yang mana satu lebih wajar diharamkan? 

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...