Bersama Berjuang

Tuesday, July 5, 2011

Kurang Ajarnya Si AmPIGa Terhadap YDP Agong!!!


Sombong dan bongkaknya si AmPIGa meletakkan syarat untuk bertemu Yang Di Pertuan Agung sebelum memutuskan untuk membatalkan BeerShit.  

Atas dasar apa dia boleh "demand" sebegitu rupa?  

Siapa dia?  

Adakah dia mewakili MAJORITI rakyat Malaysia, atau sekadar mengepalai sekumpulan manusia yang terbukti menentang Yang Di Pertuan Agong selaku ketua agama Islam dan ket ketua negara seperti yang termaktub di dalam PERLEMBAGAAN, melalui IFC?

Bukan itu sahaja, apakah layak ketua kepada sekumpulan manusia yang ingin membuat huru hara dengan berdemo di jalanan, dilengkapkan pula dengan sokongan dari fahaman ganas seperti komunisme membuat "demand" ini?

Maka, apakah selepas ini kita akan melihat kumpulan-kumpulan yang hampir sama durjananya, mengugut untuk membuat huru hara dan sekiranya tidak mahu ianya berlaku, maka ketuanya harus dibenarkan berjumpa dengan YDP Agung?  

Helah pembangkang, sibuk mewar-warkan kononnya perhimpunan ini hak rakyat termaktub di dalam PERLEMBAGAAN, namun tidak mahu pula mengikut perkara-perkara lain yang termaktub di dalam Perlembagaan.  

Dan institusi Raja-Raja Melayu penuh dengan adat istiadat serta protokol, mahu pula dipinggirkan oleh AmPIGa ini.  Tidak perlu untuk diberi muka.  Cukup untuk Istana menghantar wakil seandainya BeerShit benar ingin menyerahkan memorandum.

Dan andai AmPIGa terus berkeras mendesak untuk bertemu YDP Agung, maka bukankah ini adalah satu penghinaan kepada Institusi Raja-Raja Melayu, terpaksa tunduk dengan IFC?

1 comment:

  1. nk wat camner, rakyat nmpk permainan dan tipu helah ambiga, tapi xxxxx tak nampak kowt... Layannn jerlah... Malas nak pikiaq dah. Bosan tgk style pemimpin melayu nie, kdg2 lembik sgt... T dah ilang takhta,kuasa, baru tersedar dari mimpi kowt

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...