Bersama Berjuang

Tuesday, July 5, 2011

GEMPAR!!! PDRM Menemui 2 Lokasi Penyimpanan Senjata Dengan Baju T BeerShit!!! Adakah Mereka Mahu Perang? ALLAHUAKBAR!!!



Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini. 

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.

Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan. 

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu. 

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci. 

“Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur. 

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan. 

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu. 


Sementara itu:


Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, malam semalam, disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

GERAKAN TIMUR:
Sudah terang lagi bersuluh, ini adalah satu tindakan subversif untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi.

Maka GT percaya, tindakan ini secara tidak langsung adalah ingin mencabar pejuang Alif Ba Ta yang sebelumnya akur dengan titah YDP Agong, dengan mengumumkan tidak akan turut serta pada 9 Julai nanti untuk perhimpunan Anti BeerShit !!!  

Tahniah kepada PDRM yang dapat menyelongkar gerakan "bawah tanah" ini.  

Maka, sekelian pembaca yang GT hormati, tunggulah penafian dari 2 Ass, Anwar dan AmPIGa dan jangan terkejut, seandainya mereka menuduh bahawa ini adalah KONSPIRASI KERAJAAN!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...