Bersama Berjuang

Tuesday, July 19, 2011

BeerShit 2.0 Merusuh, Polis Pula Yang Bersalah??? Gila...!!!

GT belum berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang berhempas pulas mempertahankan hak sekitar 27 juta rakyat Malaysia untuk hidup dalam keadaan aman dan damai.  

TERIMA KASIH PDRM!!! 

Malangnya pembangkang cukup bijak mengalihkan isu, sehinggakan polis pula dilabel sebagai kejam dan zalim terhadap perusuh!  

Pihak PDRM mungkin "terkejut" dengan corak serangan pembangkang masakini.  Ia satu cabaran baru kepada polis yang sering menjadi mangsa politik jahat pembangkang.  PDRM sebenarnya harus merangka strategi terbaik dan bersedia untuk menangkis serangan-serangan liar dari pembangkang yang bertindak "baling batu sembunyi tangan".  

Pembangkang dengan ajaran Anwarisme menyerang kesemua institusi penting, dan PDRM tidak terlepas dari serangan ini.  Inilah politik baru pembangkang.

Masih ingatkah PDRM tentang isu wanita yang dikatakan warganegara China.  Tindakan terburu-buru dengan memohon maaf kepada kerajaan China disambut dengan gelak ketawa oleh pembangkang, kerana berjaya membuatkan PDRM dan kerajaan amnya kelihatan bodoh.  

Rakyat masih ingat bagaimana pemimpin pembangkang seperti LKS dan LGE memanipulasi isu ini, sedangkan mereka tidak punya maklumat sahih, hanya berdasarkan persepsi dan khabar angin.  Lontaran demi lontaran desakan dibuat, tanpa bertanggungjawab terhadap maruah negara, yang akhirnya terbukti bahawa wanita itu adalah warganegara Malaysia sendiri!

 Hari ini, selepas rusuhan BeerShit, PDRM sekali lagi bersifat defensif, walhal bertindak di atas undang-undang sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, MALAYSIA.  Pihak PDRM dijadikan mangsa, bagi mencipta persepsi negatif kepada negara. 

PDRM harus bersedia dan bersedia menempuh cabaran mendatang.  

GT menulis kerana sifat terima kasih atas tanggungjawab PDRM.  GT menulis kerana sifat terima kasih kepada pengorbanan ahli keluarga PDRM, yang mungkin terpaksa membatalkan perancangan bercuti, atau terpaksa membatalkan niat untuk melawat keluarga yang sakit, majlis keramaian dan segala yang bersifat kedamaian dan silaturrahmi.  

Sekalipun ia adalah tugas PDRM, perbuatan huru-hara sebegini sebenarnya boleh dielakkan.  Tetapi, negara sudah mempunyai pengkhianat dan pencetus huru-hara.  Merekalah punca segala kehancuran!!!  

Dan GT akan sentiasa bersama PDRM demi keselamatan negara, dan juga tidak teragak-agak untuk menegur PDRM sekiranya wujud ciri-ciri yang boleh menyebabkan keselamatan negara terancam gara-gara kelekaan PDRM sendiri.

Kepada warga PDRM dan seluruh keluarga PDRM yang terkesan dari perhimpunan haram BeerShit, Gerakan Timur mengucapkan jutaan terima kasih atas segalanya!!!

3 comments:

  1. aperhal la pulak nak tengok video salahlaku PDRM kan"KAMERA TU HANYA BESI DAN ALAT TAK BERNYAWA TAK BOLEH DI BUAT BUKTI"(siapa makan cili dia lah rasa pedasnya...he...he...he...)

    ReplyDelete
  2. KAMERA HANYA BESI TAK BERNYAWA TAKLEH DI JADIKAN BUKTI

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...