Bersama Berjuang

Tuesday, June 7, 2011

UDA HOLDINGS: APABILA BERHUJAH TANPA FAKTA, IKHLASKAH BERJUANG UTK MELAYU?


Ramai yang pertikaikan keputusan UDA Holdings apabila menerima tawaran dari syarikat negara China untuk memajukan tapak Penjara Pudu sebagai Bukit Bintang City Centre.  Alasannya, keputusan itu tidak "mengutamakan" kepentingan Melayu.  Maka, timbullah "hero" Melayu yang cuba menjadi jaguh, sedangkan mereka tidak punya maklumat terperinci tentang projek berkenaan.  

"Jump into conclusion", itulah peribahasa JAWA yang menerangkan betapa kesimpulan dibuat tanpa mengetahui latarbelakang dan maklumat sesuatu perkara.  Lebih memilukan, barangsiapa yang berbuat demikian, maka hodoh watak dan hatinya bakal terserlah.  Dia sebenarnya memalukan dirinya.

Kemelut ini sebenarnya harus dipisahkan dari emosi untuk mendapat rasionalisasi.  Rakyat harus menilai secara terperinci tentang fakta rundingan dan urusniaga.  Ia bertujuan untuk bersikap adil kepada diri anda sendiri, dan tidak mudah dipengaruhi oleh golongan2 yang berkepentingan peribadi.  

BBCC memerlukan sejumlah dana yang sangat besar untuk dibangunkan. Akuilah walaupun ianya pahit, bahawa syarikat bumiputera yang benar-benar kompeten atas dasar merit untuk projek ini tidak berjaya ditemui walaupun UDA Holdings sudah berusaha.  Lebih baik untuk tidak diserahkan kepada syarikat bumiputera berstandard Ali Baba yang berkonsepkan "CASH n CARRY", yang selalunya menimbulkan masalah dari segi mutu kerja dan tempoh siap projek.

Syarat-syarat juga jelas menunjukkan bahawa kepentingan UDA di dalam projek ini bakal terpelihara dalam tempoh jangkamasa yang panjang.  Ia bukanlah sama dengan konsep "CASH n CARRY" yang menguntungkan UDA semata-mata, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.  Asset yang bakal menjadi milik UDA di dalam BBCC itu nanti adalah komitmen UDA terhadap golongan bumiputera dan kepentingan Melayu.  Bukan itu sahaja, keupayaan UDA membawa masuk pelaburan asing (FDI) yang besar untuk membiayai projek ini wajar dipuji. 

Untuk mengetahui fakta sebenar yang tidak diketahui sehinggakan timbul polemik ini, KLIK SINI dan KLIK SINI.

UDA Holding Berhad telah diswastakan pada 1996 setelah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberi untuk merancang pembangunan bandar selama 29 tahun.  Dan sudah tentu apabila dinaiktarafkan sebagai swasta, UDA wajib berorientasikan keuntungan untuk berdikari tanpa perlu "tongkat sakti".  Namun begitu, aspirasi penubuhannya tidak pernah dilupa oleh pengurusan UDA dan senantiasa melebarkan sayap keupayaan suatu bangsa yang bernama MELAYU.

Apa?  Ingat orang Melayu tidak pandai berniaga ke?  Buang-buanglah "stigma" masyarakat dari benih penjajah kononnya orang Cina sahaja pandai berniaga...

1 comment:

  1. Ko berjuang untuk melayu ke?

    Ko kenal ke si Nurjazlan?

    Ko faham ke permainan dia?

    dia ni melayu liberal yg tak ada jiwa dan darah melayu

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...