Bersama Berjuang

Wednesday, November 17, 2010

PERKASA DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR
















Kali ini, Gerakan Timur ingin membawa pembaca ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar.  GT mendapat tahu bahawa PERKASA terlibat secara langsung dalam membantu pihak sekolah mengutip dana.  Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar telah mengadakan Hari Usahawan untuk mengutip dana PIBG pada 14 November 2010.  PERKASA telah diberi kepercayaan untuk mengelola beberapa acara seperti gerai barangan dan juga karaoke.  Ada juga ahli2 PERKASA yang membuka gerai jualan. Menurut ahli PERKASA yang GT temui,  seandainya diberitahu lebih awal, Wira Perkasa, Penggerak Bukit Kapar bersedia untuk menyediakan lebih banyak acara bagi menarik orang ramai hadir utk turut serta dalam usaha murni ini.  Kupon jualan telah habis dijual dan pihak sekolah telah meletakkan sasaran RM90,000.00 untuk kutipan keseluruhan.  Gerakan Timur mendoakan agar sasaran itu telah dicapai.  Kerap kali GT mendengar sekolah cina memperoleh berjuta-juta dalam kempen mengutip dana sekolah mereka.

Syabas dan tahniah kepada Penggerak PERKASA, Bukit Kapar yang telah turun padang bagi membantu pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar.  Semoga dengan hasil kutipan itu, dapat membantu program pendidikan untuk anak bangsa. 

Bertambah lebarlah senyuman di wajah ABY.

1 comment:

  1. ABG JAAPAR ONN PON ADE? WAHHHH MESTI HAVOC KT SITU HUHUHU

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...