Bersama Berjuang

Thursday, June 9, 2011

PILIHANRAYA MASJID - OBJEKTIFNYA MENGHANCURKAN PERPADUAN UMAT ISLAM SECARA TOTAL!


Orang Melayu di Pulau Pinang nampaknya menghadapi ancaman yang cukup berbahaya apabila ejen Zionis asia cuba masuk campur ke dalam hal ehwal agama Islam pula. 

Bagai kaduk naik junjung, DAP menggunakan segala ruang dan peluang untuk "membentuk" hierarki kepimpinan masjid.  Kelak sudah tentu memudahkannya mengawal segala tindak tanduk umat Islam itu sendiri.  

Pilihanraya masjid ini dikhuatiri mengakibatkan perselisihan faham di kalangan anak kariah.  Disinilah motif utama mereka dikenalpasti.  DAP sebenarnya mahu itu berlaku dan seterusnya memaksimakan perpecahan umat Islam agar kedudukan mereka semakin kuat.  

Sedangkan, tidak pula mereka usulkan pilihanraya untuk kuil dan tokong!

Bijaknya DAP berpolitik, menyembunyikan agenda rahsia mereka dengan alasan mahu menyerahkan hak anak kariah untuk memilih wakil mereka ke majlis agama islam negeri.  DAP menggunakan alat "demokrasi" untuk menghancurkan umat Islam! 

Dan apakah orang Melayu masih kabur terhadap tindakan DAP ini?  Takkan nak harapkan PAS yang telah berjaya di"baptis"kan oleh DAP baru-baru ini?

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...