Bersama Berjuang

Sunday, June 19, 2011

PERKASA KLANG SUDAH BERSEDIA MENGHARUNGI BADAI IFC!!!


Dan apabila Islam atau Melayu diusik, PERKASA tidak pernah diam.  Tidak pula ketakutan yang dipamerkan.  Membujur lalu melintang patah!  

PERKASA dikhabarkan akan menurunkan seramai mungkin ahli-ahlinya dari seluruh daerah di Malaysia.  Dan setiap kali PERKASA beraksi di medan tempur, GT dapati Daerah Klang akan mempamerkan kekuatan!  Melepasi angka 5000 keahlian, tidak hairanlah andai mereka mampu menurunkan armada terbesar.  

GT menonton TV1 petang tadi, dan mengetahui bahawa PERKASA Klang telah membuat laporan polis berhubung bantahan kepada demo BERSIH aka IFC.  Syabas!!!  

Dan mengikut maklumat terkini, PERKASA Klang menyediakan 5 buah bas secara percuma untuk Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman petang ini.  Terima kasih kepada "pejuang" yang mengorbankan wang ringgit bagi perjuangan ini.

Kepada yang berkereta atau motosikal, berhati-hati ketika memandu!  Kudrat anda sangat bernilai demi perjuangan suatu bangsa yang bernama Melayu, yang menjunjung Islam sebagai panduannya!

Salam kasih dari Gerakan Timur!!!

Biar Mati Berkalang Tanah, Jangan Hidup Jadi PENGECUT!!!

1 comment:

  1. Tahniah kepada pimpinan ahli PERKASA Klang.

    Teruskan perjuangan kalian.

    Kami dari utara yang tidak berkesempatan hadir pada petang ini di KSS, Kg. Baru, mendoakan agar perjuangan kalian menjaga ALIF, BA, TA,diberkati.

    Dan selamat kembali bagi membuat persiapan lebih jitu.

    HIDUP MELAYU.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...