Pembohongan yang hebat abad ini!
GT tidak pernah menyangka bahawa PAS yang kononnya memperjuangkan Islam akhir terjerut leher sendiri. Disangkakan Anwar pembohong terhebat, namun PAS lebih hebat lagi, kerana berpuluh tahun berjaya menyembunyikan topeng munafiqun mereka!
Hebat!!! Hebat!!!
Benarlah kata GAP, sia-sia perjuangan Ibrahim Libya, yang gugur ditipu oleh sandiwara negara Islam ciptaan PAS.
Tidak cukup dengan itu, PAS "rembat" segala hasil derma Memali! Perghhh... betapa zalimnya PAS terhadap "legend" mereka sendiri.
Ahlul PAS menerima nasib yang sungguh malang. Tiba-tiba nakhodanya beralih arah. Kemudinya tidak lagi ke syurga tenunan PAS, sebaliknya neraka jahanam yang nyata!
Hadi Awang berhujah, tiada negara Islam, hudud apatah lagi. Semenjak terbitnya Amanat Hadi Awang, UMNO dikafirkan gara-gara tidak menerima idea itu. Hari ini, siapa pula lebih kafir? Orang yang dituduh, atau orang yang menuduh?
Sejauh mana level kekafiran PAS waktu ini?
PAS bukan setakat jadi sesumpah, PAS telah melanggar sumpah, tidakkah takut dimakan sumpah?
Apabila seorang islam merasa seronok memfitnah, mengutuk, memaki orang lain tanpa rasa bersalah dan berdosa itu apa artinya? Mereka telah tidak dihiraukan oleh Allah lagi, hati telah terhijab kearah kebenaran, iman mereka telah ditanggalkan, justeru syaitan dan jin telah bersarang disetiap urat saraf mereka, dengan itu segala tindakan mereka bukan lagi berpandukan nur islam, sebab itu hati mereka menjadi keras macam batu.
ReplyDeleteTidak ada apa yg istimewa mengenai PAS atau para pemimpinnya. Semuanya gelojoh mengejar kuasa dan kebendaan. Jika tidak lebih jauh buruk, mereka sama sahaja seperti yg lain. ISLAM APA?
ReplyDeleteAdakalanya yg haram mereka kata halal, yg halal itu haram pula. Pelacuran, liwat bukan sahaja bolih diterima malah harus diputar2 belitkan supaya ada isu untuk berbalah dan berkesempatan menimbulkan suasana kucar kacir.
Bukankah begitu jelas bahawa ciri2 kemunafikan, kesyaitanan, kejahilan serta kegelinciran akidah itu sudah tersimpang jauh. Tapi peduli apa.
PAS kini kelihatan lebih buruk dari yahudi yg memutar2kan kebenaran.
Dulu Melayu dilanda tidak ketentuan dan malang. Kini lebih buruk bahawa Islam di malaysia dilanda nasib yg lebih malang dan memalukan.
.."Fatwa Hj Hadi" ??????..kini Hj Hadi telah tolak 'Negara Islam' ambil Negara Berkebajikan bersama DAP..yang pasti anak cucu Ustaq Ibrahin Libya Al Memali dan rakan2 akan kencing atas kubur Hj Hadi...
ReplyDeleteKapal Singgah
Islam jadi alat pada politik Pas. Balasannya sekarang Pas jadi alat politik DAP. Kesian. Mereka yg gugur di Memali bukan mati syahid tapi mati berkebajikan.
ReplyDelete