Gelora dalam PAS tidak boleh dibendung lagi. Gerakan tersusun dari puak Erdogan untuk menyingkirkan puak Ulama semakin berjaya. Hanya saki baki puak ulama yang masih utuh seperti Ustaz Harun Din. Siri "penghapusan" ulama, laksana apa yang pernah berlaku di Selatan Thai dan di Indonesia berlaku juga di Malaysia. Cuma ia tidak melibatkan nyawa, tapi karier politik. Sudah terang lagi bersuluh!
Hassan Ali merupakan tunjang kekuatan PAS di Selangor. Saban waktu dalam himpunan bertahun lamanya dia berkempen, dan akhirnya PAS melebarkan sayapnya di Selangor.
Tapi itu dulu, jasa-jasanya tertimbus hanya dengan satu "dosa" iaitu apabila melawan kehendak pemegang kunci syurga yang cukup anti-perpaduan. Maka siapa yang menentang, alamat dihumbankan ke neraka ciptaan PAS.
Hassan Ali cukup praktikal dan mengerti kepayahan ber"TUAN"kan DAP, apabila dibalun sehingga nyawa-nyawa ikan oleh para blogger berikutan isu yang berkaitan agama Islam spt penjualan arak secara terbuka, kalimah Allah dan kilang Carlsberg. Dan dia sememangnya menurut ajaran Islam, kerana itulah dia pro perpaduan. Sesuatu yg tidak dihadapi oleh Nicky Arjis apabila Kelantan bermajoritikan Islam dan Melayu, samada dari segi penduduknya mahupun wakil rakyatnya. Maka Nik Aziz buta dan kayu tentang perkara ini.
Dan di saat dia meniti titian usang dibedil ayat-ayat pedas dan keras dari blogger, tiada satu pun wakil rakyat PAS di Selangor yang tampil memberi bantuan moral. Dibiarkan dia terkapai-kapai, balasan tidak mahu mengikut arahan pemegang kunci syurga. Dia pula teruk dihentam dari dalam Fuckatan, dengan Khalid Samad menjadi jaguh DAP!
Suatu ketika dulu berkongsi idea perjuangan yang sama, amat menghairankan apabila Dr. Rani (YB Meru) juga tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung dengan isu-isu berkenaan. Dia cuba "playsafe" untuk jangka hayat karier politiknya. Untuk kepentingan peribadi. Ia jelas bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan tentang perjuangan Islam yang dibawanya dan cakap mulutnya itu berlanjutan selama hampir 3 penggal berkempen sebelum menang di Meru pada 2008.
Cakap memang murah!!!
GT pernah menulis tentang keinginan pengundi Meru mengetahui pendirian wakil rakyat mereka berhubung dengan isu-isu yg melibatkan agama Islam di Selangor. Namun Dr. Rani diam seribu bahasa, tiada sebarang kenyataan samada di akhbar mahupun di portal. Yang keluar dari mulutnya adalah seperti kerajaan zalim, rakyat ditindas, Selangor berkebajikan, sedikit pun tidak menyentuh tentang pendiriannya berhubung isu di Selangor. Dan dia juga dikhabarkan sebagai YB yang "pendiam" di sidang DUN.
Amat mengejutkan apabila Dr. Rani membuka suara di dewan DUN. Disangkakan DAP yang hendak dibelasahnya, rupanya Hassan Ali yang terkena penangannya! Petanda... Petanda... Putus sudahhhhh.. kaseeeeehhhh sayaaaaanggggg... GT ada menulis tentang kejadian itu DISINI.
Secara konsistennya, Dr. Rani telah membawa masuk virus Erdogan ke Meru. Nama-nama seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Suhaimi Raja Pasir, Ng Sue Lim, Tony Pua, Hanna Yeoh dan kebanyakkan mereka bertaraf penduduk tetap di Meru. Saban minggu mereka hadir berceramah.
Bijaknya permainan politik Dr. Rani. Hassan Ali dibiarkan terkontang-kanting menepis isu di Selangor, disoal pula dengan soalan "maut" di sidang DUN, dan menjalinkan hubungan "intim" dengan puak Erdogan dan juga DAP laknatullah. Perjuangan Islam yang berkobar-kobar diucapkan dulu telah disembunyikan di lubang jamban.
Akhirnya Hassan Ali terpelanting keluar, dan Dr. Rani pula masuk.
Persoalan untuk dijawab, adakah ini perancangan atau kebetulan?
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!