Bersama Berjuang

Tuesday, May 17, 2011

TOL METRAMAC DIMANSUHKAN, APA KATA FUCKATAN HARAM?


GT ucapkan terima kasih kepada Datuk Shaziman di atas pengumuman ini sekaligus menunjukkan kerajaan mengambil berat akan nasib rakyat dan mencari jalan terbaik bagi mengurangkan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Siapa sangka tiba-tiba Tol Metramc dimansuh serta merta walaupun konsesi hanya akan tamat pada 2018.  

Teringin GT dengar suara-suara dari pembangkang yang selalu mendesak agar tol dimansuhkan.  Dan sebagai pembangkang yang berkredibel, seharusnya mereka menghamburkan pujian terhadap kerajaan kerana langkah ini menguntungkan rakyat.  Tetapi GT pasti, mgkin hanya sebilangan mereka yang memuji, yang selainnya akan berdiam diri buat-buat tak tahu kerana ini tidak memberi sebarang keuntungan kepada politik peribadi mereka.  

Jangan diharap pujian dari mereka, kerana ucapan TERIMA KASIH pun sangat sukar untuk mereka faham dan mengerti! 


Kutipan Tol Di Lebuhraya Metramac Dimansuh Serta Merta

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pemansuhan tol itu dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang akan tamat pada 31 Mei 2018.

Katanya, penutupan plaza tol itu dapat memberi faedah kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya sehari terutamanya bagi penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitarnya.

3 comments:

  1. syukur Alhamdulillah. kpd warga kota yg terbabit, dapatlah mrk ke sana ke mari dlm kl dgn tidak payah membelanjakan wang utk tol tersebut lagi. harap2 mrk dapat kumpul wang bayaran tol ini utk tujuan lain yg lebih berfaedah pula. kalau hari2 kena bayar seringgit, sebulan dah 30 ringgit, setahun? elokla belanja anak2, hantar ka ibubapa @ dermakan kpd anak2 yatim & yg memerlukan jika ada lebihan. seringgit sebulan pun tak kiralah asalkan ikhlas...bersyukur & berterima kasihlah.

    ReplyDelete
  2. nie la masanya diwar-warkan oleh
    bloger pro BN...betapa baiknya
    kerajaan dan konsesi tol tu...

    jgn bagi peluang kepada bloger
    pro pembangkang spin konon nie
    lah perjuangan mereka....tapi
    sedikitpun tak terimakasih atau
    puji akan keprihatinan kerajaan...

    ReplyDelete
  3. sy dr parti umphorno ingin myatakan ssuatu d atas kgembiraan pmansuhan tol metramac...

    MANSUH TOL: KERAJAAN DITUNTUT PERJELAS PAMPASAN PEMEGANG KONSESI

    Kementerian Kerja Raya (KKR) dituntut memberikan penjelasan sama ada pampasan berjumlah RM 180 juta akan diberikan sepenuhnya kepada pemegang konsesi, berikutan pemansuhan kutipan tol di plaza tol Cheras dan Petaling Jaya di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac).

    Sekiranya pampasan diberikan, bermakna pemegang konsesi mendapat ‘durian runtuh’ tanpa perlu menunggu tujuh tahun perjanjian konsesi yang hanya akan tamat pada 31 Mei 2018, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

    “Perkara ini diibaratkan seperti ‘telunjuk lurus, kelingking berkait. Pemansuhan tol dari satu sudut dilihat seolah-olah menguntungkan rakyat. Namun sebenarnya tidak, kerana kerajaan perlu membayar pampasan kepada pemegang konsesi.

    “Menurut anggaran, perolehan yang bakal diterima oleh Metramac Corporation Sdn Bhd dari kutipan tol bagi tempoh 7 tahun adalah RM 180 juta. Manakala, kos pembinaan lebuh raya ini berjumlah RM 125 juta dan mula dibuka kepada lalu lintas semenjak 1 Ogos 1995,” kata Azan.

    geng2 umphorno yg lain sila check kes Fawziah Holding Sdn Bhd vs Metramac Corporation Sdn Bhd (nama asal Syarikat K.G Sdn Bhd) dsini : http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/fawziah_holdings_sdn_bhd_v_metramac_corporation_sdn_bhd_2005_ca.html

    geng2 bas skolah umphorno memg susah nak fikir, sbb smua otak sudah brwarne biru...oit...ader gambar lucah lebih tak...aku nak buat jual d pasar mlm...haha..

    ala...Wak tau..musti geng2 umphorno tak brani nak siarkan berita sensasi Wak ne..nanti taktau nak jwb aper...haha...

    Wak Steam...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...