Tahniah GT ucapkan kepada Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden KIMMA yang dikhabarkan menunggu masa sahaja untuk mengangkat sumpah sebagai Senator untuk Dewan Negara. Surat perlantikan telahpun sampai di tangan beliau, hanya menunggu waktu dan tarikh upacara angkat sumpah yang bakal diketahui hari ini.
Perlantikan ini adalah satu penghargaan terhadap KIMMA. Bagi GT, ini adalah satu langkah yang bagus untuk BN bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak. Daripada beri kepada pihak yang terbukti tidak mahu menyokong BN tetapi mahu penyertaan yang kuat dari kerajaan, lebih baik diberikan kepada sebuah pihak yang benar-benar mahu bersama-sama BN seperti KIMMA.
KIMMA yang diiktiraf sebagai sahabat bersekutu UMNO pada tahun lepas dilihat cukup aktif membantu jentera pilihanraya BN di Tenang dan Kerdau. Walau bagaimanapun, KIMMA harus membuktikan impak yang lebih besar samada dengan penambahan bilangan keahlian dan gerak kerja yang benar-benar membantu Barisan Nasional.
Tahniah kepada Datuk Syed Ibrahim dan seluruh warga KIMMA atas kejayaan ini!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!