Bersama Berjuang

Thursday, May 12, 2011

PAS IZINKAN KEBURUKAN BAKAL PEMIMPIN DIDEDAHKAN!!! JAHANAMLAH ANWAR!!!


Anwar pernah mengherdik wartawan apabila ditanya tentang isu DNA, sumpah laknat.  Merah padam muka Anwar waktu itu.  Anwar juga ada bertanya, memohon penjelasan tentang keperluan bersumpah di sisi agama.

Menjadi satu keperluan untuk Anwar bersumpah laknat demi membersihkan namanya dari isu video karya agung.  GT merujuk kepada kenyataan dari Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, agama Islam menuntut pihak yang dituduh supaya melakukan sumpah laknat bagi menepis segala dakwaan buruk terhadap individu tersebut.

“Seperti dalam kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kes liwat dan skandal video seks, jika mengikut hukum Islam, beliau harus bersumpah laknat bagi menafikan dakwaan terhadapnya.

“Akan timbul tanda tanya sekiranya Anwar berdiam diri seperti yang dilakukan sekarang. Beliau perlu melakukannya (sumpah laknat) kerana tiada cara lain untuk menafikan tuduhan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Forum 65 Tahun UMNO di sini hari ini.

"Ohhh... itu Ulama UMNO".  Mgkin itulah jawapan penganut PAS yang hampir kesemuanya berfahaman Anwarista.  Hujah mereka antaranya tidak boleh membuka aib seseorang, HARAMMM..  Jgn dedahkan keburukan orang lain dsb.  Maka Datuk T dilabelkan sebagai tidak bermoral dan terkutuk.  Untuk kepentingan politik, diheret pula UMNO dan Barisan Nasional terlibat.

Sekarang, kita ambil pendapat dari Ulama PAS pula.  Setiausaha Majlis Syura PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin berkata mendedahkan keburukan bakal pemimpin adalah dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,” tambahnya lagi.

So, Datuk T telah mendedahkan, dan ia dibenarkan oleh PAS.  Tutup cerita tentang tuduhan Anwar & Co bahawa ini fitnah, ciptaan, politik jijik, lucah, hina dsb.  Dan itulah tanggungjawab bloggers, membuat pendedahan untuk tidak berlaku kerosakan yang lebih besar, dan mengelakkan orang ramai teraniaya. 
Ustaz Fathul Bari pula berkata Anwar harus bersumpah bagi menafikan dakwaan Datuk T. 

Adakah Anwar akan bersumpah laknat?  Kenapa dia takut bersumpah laknat? 

Yang masih menjadi MISTERI ialah bagaimana ummat Islam yang berpartikan PAS dan PKR masih lagi tidak mahu mengikut ajaran Islam untuk merungkaikan isu ini.

Sungguh MISTERI dan MENGHAIRANKAN.... 

1 comment:

  1. yer kita dedah satu per seribu sekalipun bro sampai ke lubang cacing. Aku tak peduli apa kata mereka janji anak cucu cicit aku tidak bernaung di bawah pemerintahn yang paling rosak akhlaknya..

    Teringat satu kish para sahabat nabi..ada seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad, adakah menipu itu semuanya salah wahai Rasulllah...lalu Rasullah menjawab, tidak semuanya kerana ada masanya menipu itu menjadi wajib..kemudian sahabat bertanya lagi..Bila menipu itu menjadi wajib wahai Rasullah..maka Rasulullah menjawab, "kamu wajib menipu bilamana kamu terserempak dua lelaki bergaduh, ketika itu masing-masing buntu untuk meleraikan pergaduhan. kata Rasulullah.." Katakanlah kepada salah seorang lelaki berkenaan bahawa isterinya yang berada di rumah mengalami kecelakaan atau ditimpa sesuatu"..Ketika itu, terus lelaki yang bergaduh tadi bergegas lari pulang ke rumah untuk melihat keadaan isterinya..Maka terjawab sudah soalah para sahabat bahawa ada masa, menipu itu menjadi wajib, kata Rasulullah SAW.

    TK

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...